Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

‘Demand’ akhirnya makan diri

Walaupun produser ini sudah berjaya, tetapi dia tidak pernah lupa kepada seorang Pelakon lama yang juga sahabat baiknya. Kalau ada watak sesuai pasti dia tawarkan kepada sahabatnya itu.

Bukan saja Produser Itu berhasrat untuk membantu rakan artis sama-sama mencari rezeki tetapi sebab Pelakon Itu sendiri memang hebat dalam lakonannya. 



Nak dijadikan cerita, awal tahun ini ketika Itu Produser Itu mendapat projek menerbitkan drama, dia pun menghubungi rakannya namun jawapan yang diberikan rakannya itu sangat menghampakannya. 

Dalam nada agak sombong, pelakon itu berkata dia sekarang hanya berlakon filem saja dan tidak mahu muncul lagi dalam drama TV! Tanpa berbual lebih lanjut, produser itu terus meletakkan telefon kerana baginya membazirkan bil telefon saja melayan orang seperti itu.


Biarpun begitu, Produser Itu Tidak berniat untuk memutuskan persahabatan mereka cuma kalau orang sudah tak sudi untuk bekerja dengannya lebih baik diabaikan saja kerana ramai lagi artis yang boleh membawakan watak itu.


Sebenarnya produser itu tidak kisah kalau pelakon itu menolak cara baik atau beritahu yang dia kini sibuk berlakon dengan syarikat produksi lain. 

Selepas kejadian itu, produser itu terus tidak berhubung dengan pelakon terbabit kerana dia sibuk dengan beberapa projek drama barunya sehingga pada satu hari dia menerima kiriman aplikasi WhatsApp daripada pelakon itu bertanyakan jika ada tawaran berlakon untuknya kerana sudah beberapa bulan dia tidak bekerja. 

Produser itu tidak terkejut pun dengan pertanyaan yang datang secara tiba-tiba itu dan pada masa sama dia sudah tak ada ‘hati’ nak ambil pelakon itu bekerja dengannya. 

SS tengok pun ha-nya satu dua pengarah filem yang mengambilnya berlakon dan penerbitan filem pula bukan seperti menerbitkan drama. Menerbitkan filem memerlukan kos jutaan ringgit dan ada pengarah yang terpaksa menunggu lama untuk menghasilkan sesebuah filem. 

Jika pelakon itu hanya mahu berlakon filem memang ‘miss sorulah’ jawabnya. Sedangkan pelakon baru yang masih laris pun tidak menolak tawaran berlakon drama walaupun dia pernah jadi heroin filem. 

Penyudahnya sekarang, pelakon itu sudah macam peminta sedekah menagih kerja daripada penerbit drama. Industri ini pula kecil dan cerita macam itu cepat tersebar. SS tak tahu nasib pelakon itu macam mana sekarang. 


SS: Cakap jangan suka ikut sedap mulut.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

‘Demand’ akhirnya makan diri

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×