Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Michael Ang akan lancar single solo, dah sedia dikritik

Penerbit, pengarah dan pelakon, Michael Ang, 45, sudah bersiap sedia untuk menerima Kritikan peminat muzik tanah air apabila bakal melancarkan single sulungnya tidak lama lagi.

Michael ketika dihubungi berkata, dia sedar kemampuan dirinya dan selepas ini akan Memberi Kritikan yang membina kepada penyanyi dan pemuzik lain memandangkan dia sendiri sudah melalui proses rakaman lagu.

"Sebelum ini, saya dah pernah cuba pelbagai kerja-kerja seni dari pengarahan, penerbitan, lakonan, penulisan skrip sehinggalah pengacaraan. Sekarang, saya nak cuba satu lagi cabang yang belum pernah saya cuba iaitu menyanyi.

"Selepas ini, saya akan 'tone down' kritikan saya kepada penyanyi memandangkan saya juga sudah ada pengalaman sendiri, menjalani proses rakaman yang tidaklah semudah disangka," katanya.

Menurutnya, itu menjadi prinsipnya untuk tidak memberi kritikan keterlaluan kepada mereka yang bekerja dalam bidang yang sama dengannya.

"Saya ada prinsip iaitu untuk tidak memberikan kritikan kepada karya arahan dan lakonan orang lain memandangkan saya juga bekerja dalam bidang itu. Namun, sebelum ini, saya sering beri kritikan 'pedas' kepada penyanyi-penyanyi.

"Sebab apa? Sebab saya tak pernah menyanyi dan tak tahu bagaimana prosesnya. Sekarang, saya dah tahu dan saya akan berikan kritikan yang bernas dan membina," katanya.

Bagaimanapun, penerbit drama The Hotel yang dikenali sebagai individu cukup lantang bersuara dan memberi kritikan itu juga tidak menafikan kekurangannya dalam nyanyian.

"Sejujurnya, saya tahu saya tak boleh menyanyi. Saya pekak nada (tone deaf) dan hanya pandai komen sebagai pendengar saja. Ada orang tawarkan dan mula-mula, saya tolak. Tapi, bila saya dengar lagu itu, rasa macam comel pula.

"Jadi, saya cakap, boleh cuba untuk rakamkan. Namun, jangan sesekali meminta atau memaksa saya nyanyikan secara langsung di atas pentas. Cukuplah sekadar rakam lagu dan buat muzik video.

"Saya pun tak ada niat nak jadi penyanyi. Ini sekadar projek suka-suka saja," katanya.

Lagu yang belum diberi judul itu dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik, Idris manakala diterbitkan oleh penerbit muzik dan penyanyi, Hafiz Hamidun.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Michael Ang akan lancar single solo, dah sedia dikritik

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×