Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ayda Jebat, Nabil Mahir bakal timang bayi perempuan

"It's a girl!". Demikian perkongsian penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat dan suami, Nabil Mahir, mengumumkan jantina bayi mereka yang bakal dilahirkan pada penghujung bulan depan.

Dalam video berdurasi tujuh minit 58 saat yang dimuat naik ke saluran YouTube Wuvv Show itu, Ayda Dan Nabil membuat pengumuman di hadapan anggota keluarga mereka di rumah serta sahabat-sahabat terdekat secara virtual.

Dalam temubual bersama media yang berlangsung malam tadi secara virtual, Ayda juga berkongsi hasratnya untuk menjalani proses Bersalin Menerusi pembedahan.

"Sebenarnya, sebelum berkahwin pun saya dah beritahu Nabil, kalau ada rezeki untuk menimang cahaya mata, saya nak bersalin menerusi pembedahan.

"Nabil okay saja. Saya pun tak ada sebarang alasan atau apa, tapi saya sendiri yang memilih untuk bersalin menerusi pembedahan," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, doktor yang merawatnya sepanjang proses kehamilan juga bertanya untuk mendapatkan kepastian mengenai keputusan saya itu.

"Doktor pun ada tanya, dan saya tetap beri jawapan saya. Tak ada alasan. Yang penting, bayi sihat, saya pun sihat," katanya.

Ayda sebelum ini dijangka akan bersalin pada 8 Oktober, namun kerana dia memilih untuk menjalani pembedahan, dia akan bersalin dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.

Ditanya mengenai nama untuk bayi mereka, Ayda Dan Nabil belum membuat sebarang keputusan, namun mengakui sudah ada menyenaraikan beberapa nama.

Pasangan Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Ayda Jebat, Nabil Mahir bakal timang bayi perempuan

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×