Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Derita Izuan Fitri, badan makin kurus

Keadaan kesihatan pelakon remaja, Mohd Izuan Fitri, 19, yang menjalani pembedahan pada bahagian otak di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, 5 Ogos lalu belum menunjukkan sebarang perkembangan positif.

Ia berikutan pelakon filem One Two Jaga itu  yang dijangkiti penyakit tibi atau batuk kering.

Ibunya, Norainon Abdul Rani berkata, keadaan anak bongsunya itu masih lagi memerlukan penjagaan rapi selepas dipindahkan ke Institut Perubatan Respiratori (IPR) untuk pemantauan  lanjut.

"Adik (Izuan) sudah sedar, tapi dia tak mampu bercakap atau menggerakkan badan. Sekarang, dia hanya terbaring atas katil saja.

"Kalau pandang orang, dia diam dan renung. Kita pun tak tahu apa yang difikirkannya dan kasihan tengok dia, badan dah makin kurus sebab tak makan dan hanya terbaring," katanya kepada Harian Metro.

Nor yang juga ibu tunggal berkata dia kini sebenarnya buntu memikirkan urusan perbelanjaan untuk Izuan yang memerlukan penyediaan kelengkapan khas buat pesakit terlantar termasuk susu, ubat-ubatan dan Lampin Pakai Buang.

"Terus-terang, saya kini berdepan masalah kewangan untuk menguruskan perbelanjaan Izuan. Sejak dia terlantar sakit kira-kira sebulan lalu, memang saya tak boleh nak bekerja kerana bimbang memikirkan keadaannya.

"Wang yang ada dalam simpanan pun banyak digunakan untuk rawatan perubatan Izuan. Apatah lagi, tilam khas untuk pesakit terlantar di hospital, susu, ubat-ubatan dan lampin pakai buang memang kena beli sendiri.

"Semalam pun, saya beli ubat sawan di farmasi  sekotak harga dah RM500. Itu belum termasuk susu, lampin pakai buang, losyen, pelapik lampin pakai buang, tisu basah, pelitup mulut dan hidung, kesemuanya selepas dikira anggaran wang diperlukan RM1700 untuk sebulan bagi perbelanjaan pengurusan kesihatan Izuan," kata Nor.

Ujarnya, dengan rendah hati dia merayu bantuan daripada sesiapa yang prihatin untuk menghulurkan sumbangan bagi meringankan masalah kewangan dihadapi. Nor berkata anaknya yang lain hanya kerja biasa, jadi demi kesihatan Izuan Fitri pastinya dia akan berusaha sedaya termampu untuk mencari wang diperlukan.

Bagi maklumat lanjut mengenai bantuan untuk Izuan Fitri, boleh mengirim mesej di Facebook Nor Abdul Rani.

 Terdahulu, pada 31 Julai lalu Izuan Fitri dikejarkan ke Hospital Selayang selepas tidak sedarkan diri dan diserang sawan akibat penyakit tibi dihidapi.

Malah, Izuan Fitri juga disahkan oleh doktor tidak menghidap penyakit tibi yang berjangkit dan kesemua ahli keluarganya sudah membuat pemeriksaan kesihatan serta mereka disahkan negatif penyakit itu.

Sepanjang pembabitan dalam kerjaya lakonan, Izuan Fitri pernah memenangi trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin (ASK) TV3 pada 2015 dan Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Derita Izuan Fitri, badan makin kurus

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×