Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Jamal Abdillah bakal dapat bayi lagi

Selepas memiliki Anak kedua, El Issac Yamani pada 11 November tahun lalu, penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah dalam usia 62 tahun bakal dikurniakan Cahaya Mata lagi apabila isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin hamil anak ketiga mereka.

Jamal yang berkongsi cerita itu di saluran YouTube WafaTV berkata, dia gembira apabila isterinya kini hamil 12 minggu.

"Saya amat bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan ini. Kalau boleh harapan saya nak anak perempuan. Ini kerana saya dah ada tiga anak lelaki. Sekiranya dapat seorang lagi perempuan syukurlah," katanya.

Isterinya, Zai Izzati, 26, juga meluahkan perasaan gembira kerana bakal menimang anak ketiga mereka. "Alhamdulillah, semuanya okey sahaja. Saya kini hamil 12 minggu. Lepas ini bertambah lagilah kerja," katanya.

Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan memperoleh cahaya mata perempuan, Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober 2019.

Difahamkan mereka memilih tarikh 2 Februari tahun depan untuk kelahiran cahaya mata ketiga ini.

Selain Azura dan El Issac, Jamal turut mempunyai dua lelaki iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 15, menerusi perkahwinan terdahulu.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Jamal Abdillah bakal dapat bayi lagi

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×