Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Masya Masyitah Iktibar di sebalik kisah balik kampung berhari raya

Penyanyi Masya Masyitah, 21, mengesahkan isu merentas negeri ketika menyambut Aidilfitri di Kulim, Kedah selesai selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada 16 Mei lalu.

Masya berkata, dia memberi kerjasama penuh atas siasatan berhubung dakwaan menggunakan surat merentas negeri atas kapasiti Pasangan Jarak Jauh antara ibu dan bapanya yang tular.

"Saya hadir memberi keterangan pada hari raya keempat.

"Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Sejujurnya, saya tidak gentar kerana bukan mencuri, menipu atau menggunakan orang dalam untuk mendapatkan surat merentas negeri.

"Ketika itu, polis masih meluluskan Kebenaran Merentas Negeri bagi pasangan jarak jauh. Jadi, saya harap isu ini tidak diperbesarkan lagi. Semuanya sudah selesai," katanya kepada BH Online.

Terdahulu. kisah Masya mencuri perhatian netizen yang mempertikaikan kebenaran rentas negeri atas Kapasiti Pasangan Jarak jauh membabitkan suami dan isteri.

Masya diminta mengulas ketika ditemui pada majlis pelancaran single Mandarin solo pertama berjudul Jiu Meng Xin Su secara virtual, hari ini.

Akuinya, dia tidak mampu mengawal mulut netizen yang terus membuat pelbagai spekulasi.

"Saya hanya mampu bersabar. Mungkin silap saya bercerita kisah pulang beraya di kampung.

"Jadi, apa yang sudah berlaku sebagai satu iktibar dan pengajaran berguna. Saya juga mohon maaf atas kekhilafan tidak terduga ini.

"Netizen zaman sekarang di luar jangkaan. Namun, saya sudah menjalankan tanggungjawab kepada pihak berkuasa. Jadi, saya tidak mahu ambil tahu soal ini lagi," katanya.

Pada Mei lalu, polis menjalankan siasatan terhadap Masya atas dakwaan yang timbul.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, dia mengarahkan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim menjalankan siasatan selepas mendapat maklumat Masya pulang ke kampung menggunakan surat kebenaran merentas negeri pasangan jarak jauh.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Masya Masyitah Iktibar di sebalik kisah balik kampung berhari raya

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×