Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Video Uyaina Arshad dapat pelbagai reaksi

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad, 29, menerima pelbagai reaksi apabila memuat naik video nukilan peribadinya mengenai isu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Instagram.

Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad dalam video itu mempersoal sama ada rakyat Malaysia cukup berintegriti atau tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selepas mengecam golongan menteri, selebriti, atau 'kayangan'.

Ada yang bersetuju dan tidak kurang mengecam kenyataannya itu. Namun, baginya itu adalah hakikat yang perlu difikir secara munasabah untuk peringatan bersama.

"Siapa makan cili, dia rasa pedas. Siapa rasa pedas, kata saya main cakap lepas, rakyat marhaen mahupun kayangan, saya bukan nak terus menyalahkan, sekadar memberi peringatan juga kepada diri sendiri," katanya dalam video itu.

Pengacara Wanita Hari Ini itu berkata, dia tidak sangka mendapat reaksi luar biasa yang pelbagai gara-gara video terbabit.

"Ramai yang sokong ada jugak yang kecam," katanya.

Pada masa sama, Uyaina berharap semua pihak tidak perlu menuding jari sesama sendiri memandangkan kes Covid-19 semakin meningkat ketika ini.

Baginya, semua harus berganding bahu menjaga SOP dengan ketat.

"Yang ditakutkan bukan hanya kes kematian, tapi yang pulih dari Covid-19 dan hidup dengan komplikasi," katanya.

Video itu mendapat tontonan lebih 1.1 juta, lebih 98,000 tanda suka dan lebih 1,700 komen.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Video Uyaina Arshad dapat pelbagai reaksi

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×