Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Wany Hasrita Pedas, dituduh tak sensitif

Tags: pedas wany lagu

Penyanyi popular Wany Hasrita dikecam selain dituduh tidak sensitif apabila melancarkan single dan video muzik lagu Pedas ketika Palestin masih bergolak, kelmarin.

Bagaimanapun, Wany berkata, urusan pelancaran single itu dibuat sebelum sambutan Ramadan lagi.

"Sebenarnya hati saya bercampur-baur ketika meneruskan hasrat melancarkan single ini. Saya faham dan tahu mengenai pergolakan yang berlaku di Palestin.

"Saya ada terima mesej peribadi (DM) di Instagram (IG) yang memberi pandangan sekarang bukan masa sesuai untuk melancarkan lagu. Namun, perancangan dalam karier seni sudah dibuat sejak beberapa bulan lalu dan diputuskan single Pedas dilancarkan.

"Malah, kami ada berbincang untuk menangguhkannya. Tapi, saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia membabitkan ramai pihak. Proses muat naik video di YouTube juga tidak boleh ditarik sesuka hati," katanya.

Dalam masa sama, Wany berkata, apa yang dilakukan sekarang adalah menangguhkan urusan promosi single Pedas di media sosial.

"Saya teruja berkongsi lagu ini. Apatah lagi, saya belum pernah menghasilkan lagu pop sebelum ini. Namun, atas perkembangan yang berlaku di Palestin, saya tidak boleh mementingkan diri sendiri.

"Saya jadi marah dan geram kenapa rejim Zionis terus bersikap kejam dan tidak berperikemanusiaan," katanya.

Lagu Pedas adalah ciptaan Shazee dan lirik dihasilkan Altimet turut menampilkan Sophia Liana daripada kumpulan DeFam.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Wany Hasrita Pedas, dituduh tak sensitif

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×