Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Hospital swasta tak patut bebankan pesakit COVID-19

Terdapat Hospital Swasta yang didakwa cuba mengaut keuntungan ketika penularan wabak pandemik Covid-19, dengan mengenakan caj tinggi bagi merawat pesakit dijangkiti virus maut itu.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, yang mendedahkan perkara itu berkata, beliau menyuarakan kekecewaannya terhadap tindakan segelintir hospital swasta yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan dalam tempoh krisis kesihatan.

Beliau berkata, sepatutnya hospital swasta meringankan beban Pesakit Covid-19 menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing dan bukannya mengenakan caj tinggi yang amat membebankan.

"Semua pihak diharap untuk tidak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan besar ketika pandmeik. Adalah sangat menyedihkan apabila mendengar perkhabaran terhadap sesetengah pihak mengenakan caj yang tinggi untuk merawat pesakit COVID-19 yang ingin dirawat di hospital swasta.

DISYORKAN UNTUK ANDA
 
"Ini berikutan terdapat kes pesakit COVID-19 yang diletakkan di hospital swasta dikatakan terpaksa membayar jumlah yang sangat membebankan. Ini tidak sewajarnya berlaku khususnya ketika musim pandemik ini.

"Ia bukan niat saya menuding jari. Cuma secara am, diharap dalam masa yang amat kritikal ini tidak ada mana-mana pihak yang akan menangguk di air keruh berkaitan usaha memerangi COVID-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Lam Thye berharap, kerajaan dapat mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam tempoh krisis kesihatan ketika ini dengan menjadikan penularan COVID-19 sebagai lubuk emas bagi meraih keuntungan.

Mengenai kes jangkitan COVID-19 di negara ini yang menunjukkan trend peningkatan, beliau menyarankan supaya rakyat perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Dengan situasi pandemik yang dilihat semakin serius dan membimbangkan, beliau berkata, rakyat tiada pilihan selain kekal berdisplin, terus patuhi SOP dan mengurang pergerakan di luar.

Katanya, saranan itu bukan semata-mata untuk menurunkan kes jangkitan harian, malah bagi memastikan bebanan yang dipikul sistem kesihatan negara dapat dikurangkan.

"Media turut melaporkan ketika ini, kapasiti wad untuk COVID-19 sudah menghampiri 91 peratus. Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), kes dicatatkan melebihi 6,000 kes ke atas setiap hari dengan jumlah kes kematian harian juga tinggi.

"Kita adalah harapan terhadap staf kesihatan supaya sistem kesihatan dan perubatan tidak lumpuh kerana terlalu banyak kes COVID-19. Peningkatan jumlah pesakit COVID-19 akan menyebabkan hospital kita akan menghadapi kekurangan fasiliti dan tenaga kerja untuk merawat pesakit.

"Kita tidak mahu negara kita menghadapi nasib yang sama teruk seperti yang dihadapi oleh beberapa negara seperti India, Nepal dan Itali. Untuk itu, Kerjasama rakyat adalah sangat diperlukan untuk menghadapi kemelut pandemik ini," katanya.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Hospital swasta tak patut bebankan pesakit COVID-19

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×