Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kebebasan MK tak tergugat

Tags: orang lagi atau

TIDAK dinafikan nama MK K-Clique antara figura yang semakin mencuri perhatian. Perwatakan yang ditonjolkan MK, 25, Atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan itu menjadikan dia digilai peminat terutama gadis.

Apatah Lagi selepas memuat naik gambar dan video di Instagram yang menampakkan sebahagian tubuhnya yang kekar itu membuatkan nama dan penampilan MK begitu 'hot' di mata mereka.

Timbul andaian menyifatkan tindakan MK itu lebih kepada strategi untuk menarik perhatian dan mengumpul peminat tersendiri.

"Ini bukan strategi. Orang sudah tahu saya seorang remaja dan saya mahu menjalani kehidupan seperti remaja biasa. Malah, sebelum ini ramai tahu saya kurus, jadi saya cuba perbaiki diri dan penampilan dengan mengamalkan gaya hidup sihat iaitu bersenam di gimnasium. Soal nak menjadikan ini strategi tidak sama sekali," katanya.

Menurut MK, perhatian yang diberikan sedikit pun tidak menyekat dirinya bergerak bebas terutama dalam soal memberi tumpuan pada peribadi seperti perhubungan.

Bagaimanapun, MK berkata, buat masa sekarang dia masih solo selain mahu menghargai semua orang yang ada di sekelilingnya.

"Orang cakap apabila sudah menjadi perhatian, perkara peribadi akan tersekat. Saya belum terfikir ke arah itu lagi. Sebab saya masih bersyukur dengan semua orang di sekeliling.

Semua orang sayang saya dan saya sayang semua. Jadi, soal kekasih tidak ada lagi. Sekarang solo. Sebelum ini ada beberapa gambar saya dengan wanita. Saya perlahan-lahan selesaikan semua perkara sebelum terjadi MK sekarang. Alhamdulllah semua boleh selesaikan.

"Tapi kita tidak tahu nasib ke depan macam mana. Alhamdulillah, sekarang saya fokus pada peminat, penyokong dan orang sekeliling. Kalau orang senang dengan, saya pun senang dengan mereka. Nak fikir kekasih, belum lagi," katanya.

Pada masa sama, berbekalkan populariti diraih ketika ini ia dianggap peluang keemasan buat dirinya menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Keputusan MK menghasilkan jenama pakaian 'streetwear' iaitu 302 dilihat bertepatan selain memperkenalkan lagi identiti dirinya kepada umum.

"302 ini adalah 'trademark' atau identiti saya. 302 ini membawa maksud hukuman gantung atau mati (Seksyen 302 Kanun Keseksaan). Dalam lirik rap saya ia bermaksud saya seorang yang menjatuhkan hukum dan inilah identiti rap saya. Daripada 'trademark' itu, saya mulakan perniagaan 'streetwear' ini yang mana lebih kepada jenama.

"Saya pilih baju, sebab saya sendiri suka 'streetwear'. Peminat yang tengok pun tahu sebab saya memang bawa identiti ini ke persembahan pentas. Ia juga melambangkan karakter saya dalam dunia hiburan. Paling penting, jenama ini adalah permulaan saya.

"Kalau ada cakap populariti saya akan bantu jualan, sejujurnya saya tidak letakkan sebarang sasaran atau apa-apa jangkaan. Saya cuma nak hasilkan perniagaan supaya peminat dapat rasakan saya sebahagian mereka, begitu juga sebaliknya. Kalau berjalan lancar dengan izin Allah, alhamdulillah," katanya.

Dalam perkembangan lain, MK terbabit dalam penggambaran drama The Hotel yang bergandingan dengan Mira Filzah dan dijangka ditayangkan di Astro Ria.

"Ini bidang baharu untuk saya. Saya ingin belajar dan terus berkembang dalam industri hiburan. Niat awal nak belajar dan alhamdulillah dapat belajar dengan ramai orang. Apabila dapat berlakon, ia bukan lebih pada cabaran, tapi ini peluang untuk saya teroka dalam lakonan. Apatah lagi, pengarah beri kelonggaran dan bebas untuk gunakan bahasa saya dengan gaya tersendiri supaya saya dapat belajar.

"Pendek kata, bidang nyanyian dan lakonan, tidak ada senang. Ia hasil daripada kerja keras, sama ada kita mahu atau tidak. Saya seorang yang mahu bekerja setiap hari dan akan terus konsisten. Sebab tu saya sanggup cari ilmu dalam apa jua bidang," katanya.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Kebebasan MK tak tergugat

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×