Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Genting SkyWorlds bakal dibuka tahun ini

Taman tema Genting Skyworlds bakal dibuka kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini, sekali gus akan merancakkan semula sektor pelancongan negara ini.

Ketua Operasi Perniagaan dan Strategi, Resorts World Genting, Lee Thiam Kit berkata, ia bakal menjadi taman tema luar yang amat mengagumkan pada ketinggian 6,000 kaki dari aras laut.

Katanya, ini turut menjadikan Genting SkyWorlds sebagai antara taman tema paling unik, bukan saja di rantau ini, malah di peringkat global.

"Genting SkyWorlds menelan perbelanjaan kos kira-kira AS$800 juta (RM3.23 bilion) dan ia hasil kerja keras bertahun-tahun lamanya dan dedikasi pasukan kami dan rakan kerjasama dari serata dunia.

"Ketika ini, kami sedang melaksanakan persiapan terakhir untuk taman tema yang paling dinanti-nantikan di Asia Tenggara.

"Kami yakin Genting SkyWorlds akan menawarkan pengalaman yang terbaik kepada pengunjung sepanjang perjalanan ini," katanya pada majlis memperkenalkan logo Genting SkyWorlds rasmi secara maya, hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden Eksekutif Hospitaliti dan Leisure Resorts World Genting, Datuk Edward Holloway dan Ketua Taman Temanya, Gregory Pearn.

Thiam Kit berkata, untuk permulaan, Genting SkyWorlds akan dibuka kepada rakyat tempatan, sebelum dibuka kepada pelancong luar selepas sempadan dibuka oleh kerajaan.

Sementara itu, Holloway berkata, Genting Skyworlds Bakal membawa pengunjung mengembara ke sembilan 'alam' yang diinspirasikan dari filem dan pengembaraan iaitu Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic serta Rio.

Katanya, setiap 'alam' akan menampilkan pelbagai permainan dan tarikan untuk seisi keluarga.

"Tarikan ini dirancang dan dicipta untuk menyemarakkan daya imaginasi melalui pengalaman imersif, seperti dibawakan terus dari babak filem.

"Kunjungan ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk membeli-belah, menjamu selera dan menikmati hiburan yang unik dan menyeluruh untuk seisi keluarga," katanya.

Selain daripada Hak Intelek (IP) tulen dan menarik yang dimiliki sendiri, Genting SkyWorlds juga menggabungkan jenama dan IP daripada 20th Century Studios di dalam permainan dan tarikan bertaraf dunia, yang dijayakan melalui kerjasama strategik antara Genting Malaysia dan 20th Century Studios.

Antara IP yang ditampilkan ialah Ice Age, Night at the Museum dan Planet of the Apes.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Genting SkyWorlds bakal dibuka tahun ini

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×