Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Imam dorong Hannah Delisha berhijab, dalami agama

Sikap penyabar, penyayang dan kelakar memikat hati pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Hannah Delisha menerima Muhammad Imam Shah sebagai suami.

Hannah, 25, bergelar isteri kepada Imam, 32, yang juga seorang pelakon dalam majlis secara tertutup di sebuah hotel di Singapura, Khamis lalu.

Acara akad nikah hanya dihadiri beberapa ahli keluarga kedua-dua pihak. Perkahwinan mereka juga didaftarkan di Biro Lesen Perkahwinan Singapura.

Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne-Birch berkata, dia memanjat kesyukuran majlis pernikahannya berjalan lancar biarpun dalam situasi pandemik COVID-19.

"Alhamdulillah, saya gembira akhirnya kami disatukan dalam ikatan suami isteri. Majlis pernikahan juga berjalan lancar, biarpun hanya dihadiri ahli keluarga," katanya.

Mengulas tindakannya menamatkan zaman bujang secara mengejut, Hannah berkata, dia seorang yang amat menjaga privasi sejak awal berlakon lagi. Ini termasuklah isu perhubungan yang disifatkan peribadi.

"Saya minta maaf. Saya memang kurang selesa berkongsi soal peribadi, termasuklah hubungan dengan Imam yang terjalin sejak lima tahun lalu.

"Saya akui tidak pernah berkongsi mengenai hubungan dengan suami dalam media sosial, selama ini. Bukan mahu berahsia, tetapi biarlah ada ikatan yang sah barulah manis mahu berkongsi.

"Apapun, saya dan Imam mahu mendahulukan perkara yang wajib, itu lebih utama," katanya kepada BH Online.

Berkongsi latar belakang suami, pelakon filem Langsuir itu berkata, dia sudah lama mengenali Imam sejak mula aktif berlakon di Singapura kira-kira lima tahun lalu.

Katanya, dia mula rapat dengan Imam selepas bergandingan dalam drama bersiri, Faculty.

"Suami sangat penyabar, penyayang dan ada ciri-ciri humor dalam diri. Imam mendorong saya untuk berhijab dan cenderung ke arah agama.

"Alhamdulillah, apa yang dilihat hari ini adalah hasil bimbingan Imam," katanya.

Hannah berkata, dia mengharapkan bahtera rumah tangga yang dibina kekal hingga ke syurga jannah.

"Saya mohon peminat mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami. Teruslah menyokong kerjaya saya dan Imam.

"Insya-Allah, kami akan mengadakan majlis resepsi tidak lama lagi. Saya dan suami rancang hanya majlis sederhana bersama keluarga dan teman rapat. Cuma, belum ada tarikh yang sesuai berikutan situasi pandemik COVID-19.

"Kami mahu tunggu COVID0-19 reda terlebih dahulu," katanya yang baru sahaja muncul dengan single Terlalu Mudah.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Imam dorong Hannah Delisha berhijab, dalami agama

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×