Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Fendy Bakry Tak harap lakonan saja

PENGGIAT seni antara golongan yang paling terkesan ekoran pandemik Covid-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Disebabkan itu, pelakon, Fendy Bakry memilih untuk tidak berdiam diri sebaliknya memfokuskan perniagaan kecil-kecilan.

"Sejak PKP ini, saya akui turut terkesan. Banyak Kerja tergendala dan apabila tak boleh menjalani penggambaran seperti biasa, saya fokus kepada perniagaan makanan yang saya usahakan.

"Sebagai penggiat seni, saya faham yang paling terasa impaknya adalah mereka yang bekerja di belakang tabir. Ada kerja, adalah gaji.

"Tapi, pada masa sama, kita kena fikirkan sesuatu untuk menampung kehidupan dan jana pendapatan dalam tempoh krisis ekonomi seperti sekarang," katanya.

Menurut Fendy, penggiat seni hari ini tidak boleh mengehadkan kemampuan dan mata pencarian dengan satu cara saja.

"Kalau nak teruskan kelangsungan hidup, kita kena 'cipta' sesuatu. Nak harapkan kerja penggambaran saja, memang tak boleh juga," katanya.

Berkongsi mengenai kerugian yang dialami kerana hilang tawaran kerja, anak kelahiran Perlis itu berkata, tidak ada apa-apa yang dapat dilakukannya.

"Kerugian memang banyak. Ada tawaran yang saya juga terpaksa tolak atas beberapa sebab. Sekarang, penggambaran dibenarkan secara 'indoor' saja dan itu juga mengehadkan banyak aspek," katanya.

Sama seperti penggiat seni lain, Fendy juga mengharapkan ada sinar cerah buat masa depan industri kreatif tanah air.

Terbaharu, dia menantikan kehadiran drama lakonannya, Tak Sempurna Mencintaimu yang dijangka ditayangkan di slot Akasia TV3 menjelang Mac ini.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Fendy Bakry Tak harap lakonan saja

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×