Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Nazrief Nazri gementar bakal jadi bapa

Selepas Lebih setahun berkahwin, pelakon Nazrief Nazri, 30, berkongsi berita gembira dia bakal bergelar bapa apabila isterinya Aizatul Akma, 27, kini hamil empat bulan.

Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri mengakui sedikit gementar untuk menimang cahaya mata sulung, namun bersyukur dengan rezeki itu.

"Saya sebenarnya berdebar kerana saya anak tunggal, manakala isteri anak bongsu dalam keluarga. Jadi, dua-duanya memang manja dan terfikir betulkah Kami sudah sedia bergelar ibu bapa?

"Sewaktu kahwin dulu pun, kami memang rancang dalam setahun itu tak nak dapatkan zuriat dulu. Selepas itu, barulah kami sedia dan syukur rezeki terus sampai," katanya.

Pelakon drama Makmum Yang Paling Aku Cinta ini mengakui, kini dia mahu lebih bekerja-keras dari segi pendapatan bagi menyara keluarga dan tidak bergantung kepada lakonan semata-mata.

"Saya pun sudah perlahankan kerjaya lakonan dan lebih memberi fokus kepada perniagaan pelaburan sekarang ini. Semestinya, tanggungjawab digalas semakin besar apabila memperoleh anak nanti.

"Isteri saya juga ligat mengembangkan perniagaan kosmetiknya. Mengenai jantina bayi, kami sendiri pun tak pasti lagi memandangkan kandungan masih awal," katanya.

Nazrief dan Aizatul mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Nazrief Nazri gementar bakal jadi bapa

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×