Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

AJL35 bersiaran 14 Mac tanpa penonton

Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) dijadualkan Bersiaran Secara Langsung tanpa penonton pada 14 Mac depan dari Auditorium MBSA, Shah Alam, jam 9 malam selepas ditunda bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad & Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, pihaknya sudah bersedia menganjurkan AJL35 dalam pendekatan norma baharu.

"Penularan pandemik COVID- 19 membuatkan kami lebih menitikberatkan soal keselamatan kakitangan, artis dan mereka yang terbabit menjayakan produksi ini.

"Kami memanfaatkan kebenaran dan kelonggaran diberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berkuatkuasa sejak 8 Januari lalu.

"Perancangan teliti dibuat bagi memastikan kelancaran acara berprestij ini, jadi AJL35 bakal bersiaran pada 14 Mac ini tanpa penonton," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Bagaimanapun, katanya, tarikh berkenaan bukanlah muktamad kerana perlu akur dengan sebarang ketetapan yang bakal diumumkan oleh MKN dari semasa ke semasa berkaitan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

AJL35 dihoskan Sherry Alhadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari sepatutnya berlangsung pada 7 Februari lalu di Auditorium MBSA, Shah Alam, sebelum pengumuman penundaan disebabkan tempoh PKP yang dilanjutkan.

Tarikh baharu AJL35 juga disebut oleh Awal ketika bersiaran secara langsung menerusi program Melodi, semalam.

AJL35 menampilkan penaja utama, McDonald's Malaysia, selain disokong Celcom Xpax, Sabella dan Shell selaku rakan penaja. Ini termasuklah rakan pemasaran seperti stesen radio, Hot FM dan Kool FM, OHBULAN! dan xtra.com.my.

Selain itu, program khas dipanggil Debaran AJL35, berdurasi satu jam bersama Sherry dan Haziq akan bersiaran sehari sebelum tarikh malam kemuncak. Ia bakal menyingkap setiap sudut persiapan AJL35 dan disiarkan secara langsung pada jam 5.30 petang pada 13 Mac depan.

Penonton di rumah juga berpeluang menyaksikan temubual eksklusif dalam karpet merah, Lounge AJL35 bersama penyampai Kool FM, Muaz Mohamed dan Sissy Imann pada malam kemuncak di TV9.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

AJL35 bersiaran 14 Mac tanpa penonton

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×