Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Farid Kamil, Boy Iman ditarik balik gelaran Datuk

Pelakon, Farid Kamil Zahari Dan Boy Iman atau Noruliman A Rahman antara lima individu yang Ditarik Balik Gelaran Datuk.

Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, tarikh surat penarikan balik darjah kebesaran Farid Kamil dan Boy Iman iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Menurutnya, penarikan gelaran itu bagi menjunjung titah perintah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Dengan ini dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama ditarik balik dan dibatalkan serta-merta.

"Penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini.

"Darjah itu dikembalikan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang–Bintang Negeri Pahang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tiga individu yang turut ditarik Balik Gelaran Datuk ialah Wong Shee Kai@Ricky dan Tran Thi Mai@Maimunah, masing-masing berkuat kuasa pada 1 Febuari lalu, manakala Syed Mohammad Faiz Syed Azemman berkuat kuasa pada 12 November tahun lalu.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Farid Kamil, Boy Iman ditarik balik gelaran Datuk

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×