Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Danial Zaini pertimbang berhenti melawak

SEBAGAI artis, tentunya impian untuk mencuba pelbagai cabang seni itu sentiasa ada dalam agenda karier.

Bagi pelawak, penyanyi dan penyampai radio, Danial Zaini, komedi adalah satu cabang seni yang begitu sinonim dengan namanya.

Namun, selepas lima tahun mencuit hati peminat dengan idea lucu, Danial kini sedang menimbang tara sama ada akan meneruskan karier Sebagai Pelawak atau berhenti.

"Untuk berhenti itu bukanlah satu keputusan yang mudah. Tapi,diakui, saya sudah lama berfikir mengenainya. Namun, banyak perkara perlu saya lihat kerana orang kenal saya melalui komedi," katanya.

Menurutnya, dia juga kini Masih Lagi bergelar peserta dalam program Muzikal Lawak Superstar yang dihentikan buat seketika ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

"Sekarang pun, saya masih lagi dalam pertandingan. Jadi, saya tak boleh berhenti buat ketika ini.

"Tapi, tengoklah bagaimana keadaan selepas program itu disambung dan selesai nanti. Kalau berubah hati, saya akan maklumkan," katanya.

Ditanya adakah dia penat atau karier seninya terhad akibat dilabel sebagai pelawak, Danial menafikan perkara itu.

"Karier sebagai pelawak tidak pernah mengehadkan saya untuk mencuba pelbagai perkara. Ia umpama satu kelebihan pada saya.

"Ia seperti satu pintu untuk saya berada di tahap sekarang sebagai penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio.

"Cumanya, apabila sudah agak lama berada di satu kerusi, saya rasa perlu keluar daripada kepompong itu dan cuba perkara lain lagi yang ada," katanya.

Dalam masa sama, Danial juga berkongsi cerita mengenai platform digital seperti TikTok yang kini mula diterokainya.

"Sekarang, saya sudah ada akaun TikTok dan mula hasilkan kandungan dalam platform media sosial itu. Pada saya, dalam era teknologi seperti sekarang, platform digital sudah menjadi medium utama," katanya.

"TV sudah jatuh nombor dua. Semua orang kena peka dan mengambil bahagian dalam menggunakan platform media sosial dan digital.

"Saya juga menggunakan platform digital untuk mempromosikan karya baharu saya kerana capaiannya lebih luas," katanya.

Kini, Danial masih lagi giat mempromosikan single terbaharu, Ku Tak Rela yang khabarnya akan turut dihasilkan dalam versi wanita.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Danial Zaini pertimbang berhenti melawak

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×