Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Miller Khan Dia tak kritikal, dah keluar hospital

Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Miller Khan menafikan adiknya yang juga pelakon di sana, Aliff Alli, 29, berada dalam keadaan kritikal akibat dijangkiti Covid-19 sejak Disember, tahun lalu.

Miller ketika dihubungi di Jakarta berkata, adiknya sudah disahkan negatif wabak itu dan dibenar Keluar Hospital sejak kelmarin.

"Dia sudah okay dan bebas dari Covid-19. Sekarang dia ada di rumah. Berita yang Keluar itu lambat sebab saya memang simpan daripada pengetahuan media. Apa pun, dia stabil dan negatif. Dia dibenarkan keluar sejak 6 Januari lalu. Dia juga dalam proses pemulihan di rumah," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya bagaimanakah adiknya boleh dijangkiti, Miller tidak mengetahuinya.

Terdahulu, media di sana melaporkan Aliff menjalani rawatan intensif di Rumah Sakit Wisma Atlet, hampir tiga minggu lalu dan keadaan kesihatannya dikatakan semakin kritikal.

Peguamnya, Asgar Sjarfi dalam satu kenyataan berkata, keadaan anak guamnya itu tidak menunjukkan perubahan sejak dirawat Disember lalu.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Miller Khan Dia tak kritikal, dah keluar hospital

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×