Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Neelofa penyumbang Michael Ang peluk Islam




Pengacara dan pelakon popular Neelofa menjelaskan dia berasa amat gembira apabila menjadi sebahagian daripada faktor penyumbang kepada pengarah prolifik Michael Ang memeluk Islam.

Perkara itu didedahkan sendiri Michael baru-baru ini yang turut berterima kasih kepada pengacara program MeleTop itu yang banyak berkongsi maklumat dan memberikan dirinya pendedahan mengenai Islam sehingga dia bergelar saudara baru.

Neelofa berkata, dia mengesyaki Michael sudah memeluk Islam sewaktu menjalani penggambaran drama mini siri, Ti Amo Sweetheart 100 Hari tahun lalu.

“Segalanya bermula sewaktu saya pertama kali bekerja dengan Michael menjayakan drama Suri Hati Mr Pilot sekitar 2016.

“Waktu itu kami tidak kenal rapat, tapi dia suka mengajak saya berdebat mengenai Islam. Dalam waktu sama, dia juga banyak bertanyakan kepada saya mengenai ibadat haji,” katanya.

Menurutnya, dia mula berasakan perubahan ketara membabitkan Michael (sudah memeluk Islam) sewaktu mereka bekerjasama menjayakan Ti Amo Sweetheart 100 Hari.

“Ketika itu dia masih lagi mahu berdebat dan kata tahu banyak perkara sehinggalah saya katakan kepadanya, kalau benar dia tahu mengapa tidak mengucap ketika itu. Malah kalau tidak silap dia turut membaca al-Fatihah di hadapan saya,” katanya.

Selain itu katanya, melihat perkembangan hidup Michael menguatkan lagi telahannya yang pengarah itu sudah memeluk Islam, sehinggalah Michael memberitahunya sendiri kepadanya.

Neelofa menyifatkan Michael seorang yang bijak dan banyak berfikir serta disebabkan itu Allah memberikan hidayah kepada pengarah prolifik itu.

“Sebaik diberitahu sendiri oleh Michael yang dia sudah memeluk Islam, saya menjadi orang yang sangat gembira dan benar-benar bersyukur,” katanya.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Neelofa penyumbang Michael Ang peluk Islam

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×