Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

RINTIHAN ANAK MUDA PALESTIN (Bahasa Melayu)

Tags: kami

Terima Kasih kepada Tecer Widad Mohamad kerana telah menterjemahkan rintihan ini.

Oleh: Raneen Haddad, 19 tahun.

Tentera israel telah menjatuhkan bom di sebuah tanah lapang bersebelahan dengan tingkap ruang tamu malam tadi. Ia telah menyebabkan seluruh rumah terbakar. Bunyi yang terhasil sangat kuat seperti bom tersebut jatuh di atas Kami. Saya terdengar bunyi tingkap yang berderai dan semua benda jatuh ke lantai.Tetapi saya tidak mampu membuat apa-apa. Hendak meninggalkan bilik tempat kami bersembunyi juga tidak mampu.

"Bukan kami sahaja (yang menjadi mangsa). Setiap yang tinggal di Gaza sedang menderita dengan nasib yang sama. Pada hemat saya, perbuatan seperti ini adalah jenayah yang sangat besar, penuh dengan kebencian yang pernah di lakukan sesama manusia. Dalam tempoh 3 hari, lebih dari 900 serangan udara. Jumlah kematian rakyat Palestin seratus kali lebih ramai dari penduduk Israel.

Adakah saya perlu luahkan apa yang kami (Gaza) rasa setiap kali terdengar bunyi roket Israel? Ketakutan yang ada di dalam hati kanak-kanak ? Dan juga ketidakmampuan ibu bapa kami untuk melindungi kami?

"Kami rakyat Palestin bukan pengganas, kami menentang penjajahan Israel. Jika seseorang mengambil tanah anda secara paksa, dan secara sistematik mengawal keseluruhan komuniti dengan tembok, pos pemeriksaan, memusnahkn universiti, sistem kumbahan dan ekonomi, apa yg bakal kamu lakukan ?




This post first appeared on Kongsi@Consortium, please read the originial post: here

Share the post

RINTIHAN ANAK MUDA PALESTIN (Bahasa Melayu)

×

Subscribe to Kongsi@consortium

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×