Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apple Menawarkan Bateri Baru Dengan Harga Diskaun Sebagai Tanda Maaf

Kecoh pada minggu lepas selepas didapati model-model Iphone 7 dan sebelumnya telah diperlahankan oleh pihak Apple melalui Kemaskini Ios Terbaru. Keadaan menjadi lebih parah setelah mengakui sengaja memperlahakan prestasi iPhonedengan tujuan untuk menjaga bateri iPhone daripada muda terpadam.
Berdasarkan insiden yang berlaku, ramai yang kurang berpuas hati dengan tindakan Apple apatah lagi pengguna iPhone 7 yang baru sahaja mendapatkan iPhone mereka pada tahun lalu.
Perkara ini sekaligus telah membuatkan Apple disaman oleh pelbagai pihak dan difahamkan jumlah tertinggi saman yang diterima Apple adalah sebanyak $999 bilion (~RM4.05 trilion).
Apple pada hari ini ini telahpun membuat permohonan maaf kerana telah membuatkan para pengguna kecewa dan tidak sepatutnya memperlahankan prestasi iPhone meskipun bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat sesebuah  iPhone.
Sebagai tanda maaf, pengguna Apple serata dunia dan Malaysia telah ditawarkan promosi khas untuk penukaran bateri bagi membolehkan para pengguna mendapatkan prestasi asal iPhone mereka.

ANTARA MODEL YANG TERPALIT DENGAN MASALAH BATERI
Difahamkan harga bateri iPhone yang sebelum ini dijual dengan harga $79 (~RM321) telahpun dikurangkan kepada $29 (~RM117). Promosi ini bakal mula berlangsung pada Januari 2018 ini sehingga Disember 2018.
Para pengguna akan turut menerima kemaskini iOS terbaru daripada Apple untuk mengetahui bilakah masanya bateri iPhone wajar ditukar. 
sumber : thevocket


This post first appeared on ScaniaZ, please read the originial post: here

Share the post

Apple Menawarkan Bateri Baru Dengan Harga Diskaun Sebagai Tanda Maaf

×

Subscribe to Scaniaz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×