Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Wow! Samsung Memulakan Pengeluaran Memori 16GB GDDR6 Untuk Pemprosesan Grafik Berkuasa

sumber : amanz.my
Samsung, selain pengeluaran peranti mudah-alih dan televisyen, turut mempunyai bahagian khusus yang memfokuskan kepada semikonduktor. Terkini, mereka telah mengumumkan yang mana kini memulakan pengeluaran untuk teknologi Memori seterusnya, iaitu 16GB GDDR6 (Graphics Double Data Rate 6) untuk digunakan dalam pemprosesan grafik berkuasa.
Seperti ramai sedia maklum, memori ini digunakan pada peranti permainan, kad grafik, sistem automoatik, sistem rangkaian, dan juga sistem kecerdasan buatan.
Dengan penawaran 16GB GDDR6 ini, ia menawarkan kadar ketumpatan dua kali ganda berbanding 8GB GDDR5 sebelum ini. Ia turut beroperasi dibawah kuasa yang lebih rendah, dan menjimatkan tenaga sehingga 35% berbanding generasi sebelumnya.
Samsung menyasarkan memori GDDR6 ini akan mula digunakan meluas untuk pemprosesan video 8K, realiti-maya, realiti-gabungan dan juga kecerdasan buatan.


This post first appeared on ScaniaZ, please read the originial post: here

Share the post

Wow! Samsung Memulakan Pengeluaran Memori 16GB GDDR6 Untuk Pemprosesan Grafik Berkuasa

×

Subscribe to Scaniaz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×