Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

DxOMark : iPhone 8 Plus Mempunyai Kamera Pada Telefon Pintar Yang Paling Baik Buat Masa ini

Dxo sering menilai sokongan kamera pada telefon pintar dan memberikan Skor khusus untuknya. Hari ini, mereka akhirnya telah mengeluarkan skor untuk kamera pada Iphone 8 yang baru, sekaligus memperlihatkan iPhone 8 Plus mempunyai skor tertinggi untuk sebarang telefon pintar dengan nilai sebanyak 94.
Untuk perbandingan, sebelum ini skor tertinggi dipegang oleh Google Pixel dan HTC U11 dengan skor sebanyak 90. Selain model iPhone 8 Plus, model iPhone 8 pula menerima skor sebanyak 92 markah, kurang dua mata berbanding iPhone 8 Plus yang hadir dengan sokongan dwi-kamera belakang.
Jikalau dibandingkan dengan iPhone 7 sebelum ini, DxOMark memberikan Skor Lebih Tinggi untuk sokongan rakaman HDR, selain keupayaan zoom dan juga rakaman bokeh pada iPhone 8 Plus berbanding iPhone 7 Plus.
Dengan skor yang tinggi pada iPhone 8 Plus ini, semestinya ramai yang menyasarkan untuk melihat skor lebih tinggi pada iPhone X yang dijangka dipasarkan pada November kelak.


This post first appeared on ScaniaZ, please read the originial post: here

Share the post

DxOMark : iPhone 8 Plus Mempunyai Kamera Pada Telefon Pintar Yang Paling Baik Buat Masa ini

×

Subscribe to Scaniaz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×