Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Wow! Android O Dijangka Dilancarkan Dalam Masa Dua Minggu Lagi

Bagi para pengguna dan peminat Sistem Operasi Android, semestinya anda nantikan bilakah sistem operasi versi seterusnya akan dilancarkan. Google sendiri sebelum ini telah menawarkan versi pembangunan untuk Android O sejak beberapa bulan lepas, dan kini mengikut desas-desus, Google dijangka melancarkannya dalam tempoh sekitar 2 minggu lagi.
Daripada perkongsian @evleaks, Google mungkin melancarkan Android O pada minggu 21 Ogos kelak. Nama akhir untuk Android O turut dijangka diumumkan ketika itu.
 Follow
Evan Blass @evleaks
Android O release scheduled for the week of 8/21, "most likely on the 21st itself."
Twitter Ads info and privacy
Android O menawarkan kemaskini pada antaramuka, sekuriti, ciri baru seperti Picture-in-Picture, kemudahan memilih teks, dot notifikasi pada ikon aplikasi, kemaskini pada aplikasi kamera, dan pelbagai ciri-ciri lain.

Walaupun dilancarkan pada minggu berkenaan, ia mungkin mengambil masa yang lama sebelum diperkenalkan kepada para pengguna – dan ia bergantung kepada pengeluar peranti berkenaan sendiri sama ada ingin menawarkannya ataupun sebaliknya.
sumber : amanz.my


This post first appeared on ScaniaZ, please read the originial post: here

Share the post

Wow! Android O Dijangka Dilancarkan Dalam Masa Dua Minggu Lagi

×

Subscribe to Scaniaz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×