Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cara mendapatkan nombor akaun baru 10 digit CIMB melalui CIMB Clicks

Pada hujung minggu lepas, Cimb telah mengambil langkah proaktif untuk menaiktaraf sistem perbankan mereka. Walaupun perkhidmatan utama seperti ATM tergendala selama beberapa hari, kini mereka muncul dengan beberapa pembaharuan.

Antaranya ialah nombor akaun baru dengan 10 digit, cara pembayaran baharu untuk pinjaman dan paparan baharu untuk ‘Transaction History’. Terdapat beberapa kaedah untuk mendapatkan nombor akaun baharu, sama ada menghubungi cawangan CIMB berhampiran melalui telefon atau menggunakan CIMB Clicks.


Berikut adalah cara paling mudah untuk mendapatkan nombor akaun 10 digit anda, atau mana-mana nombor akaun 12-14 digit yang lain.
  1. Log masuk ke CIMB Clicks
  2. Klik My Accounts > Account Number Lookup
  3. Masukkan Account Number (Old) dan klik Search
  4. Nombor akaun baharu 10 digit akan dipaparkan
Sungguh mudah! Walaubagaimanapun, pengguna masih lagi boleh menggunakan nombor akaun lama 12-14 digit dan pihak CIMB akan membuat pengumuman bila nombor digit baharu ini akan digunakan sepenuhnya.
Sebarang persoalan berkenaan pertukaran ini boleh diajukan ke talian bebas tol CIMB 1 300 880 900.


This post first appeared on Blogpenyamun, please read the originial post: here

Share the post

Cara mendapatkan nombor akaun baru 10 digit CIMB melalui CIMB Clicks

×

Subscribe to Blogpenyamun

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×