Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ini Cara DIY Sabun Cuci Lantai, Sekali Mop Pasti Berkilat & Wangi!

Sabun cuci lantai di kedai sememangnya berkesan untuk membuat lantai bersih dan berkilat. Tetapi ia mungkin mengandungi bahan kimia yang mampu memberikan kesan buruk terhadap kesihatan.

Jadi, apa kata anda cuba Diy Sabun Cuci lantai seperti dikongsikan oleh penulis di bawah. Tak susah kerana hanya perlu mencampurkan semua bahan sahaja. Jom cuba!

Baca juga: 5 Bahan Di Dapur Boleh Guna Untuk Cuci Baju, Kesannya Memang WOW!

CARA DIY SABUN CUCI LANTAI, CUBALAH

1. Sabun cuci untuk semua jenis lantai

Bahan-bahan:

  • 2 cawan air suam
  • ½ cawan cuka putih
  • ¼ cawan cecair pembasmi kuman
  • 3 titis sabun pinggan mangkuk cecair
  • 5-10 titis essential oil

– Campurkan semua bahan di atas ke dalam bekas besar.

– Setelah itu, masukkan ke dalam bekas semburan untuk digunakan. Sembur pada kawasan yang anda ingin mop.

– Mop seperti biasa sehingga bersih.

2. Pencuci lantai kayu

Bahan-bahan: 

  • 3 liter air panas
  • ¾ cawan minyak zaitun
  • ½ cawan jus lemon

– Campurkan bahan di dalam baldi.

– Ambil mop dan mulakan pembersihan seperti biasa.

Air panas dan jus lemon berfungsi untuk membersihkan lantai, manakala minyak zaitun berfungsi untuk mengilatkan lantai.

3. Sabun lantai guna cuka

Cuka yang ada di rumah juga berfungsi untuk menanggalkan kotoran pada lantai.

Bahan-bahan diperlukan:

  • ½ cawan air suam
  • ½ cawan sabun pinggan mangkuk cecair
  • 1 2/3 cawan baking soda
  • 2 sudu besar cuka putih

– Campurkan semua bahan dan kacau sebati. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam botol semburan dan sembur di lantai.

– Mop seperti biasa dan bilas menggunakan air bersih supaya tidak meninggalkan kesan.

Cuka yang dicampur dengan baking soda, air dan sabun pinggan bukan sahaja membersihkan lantai anda dan menjadikannya bersinar.

Campuran ini juga boleh digunakan untuk membersihkan tandas, tab mandi, dinding yang kotor dan lain-lain peralatan di rumah.

Mudah sahaja kan? Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Diy Sabun Cuci Pinggan, Buat Sendiri Lebih Mudah Dan Jimat Duit!

Sumber: Tips Bulletin

The post Ini Cara DIY Sabun Cuci Lantai, Sekali Mop Pasti Berkilat & Wangi! first appeared on SirapLimau.com.



This post first appeared on Resepi, please read the originial post: here

Share the post

Ini Cara DIY Sabun Cuci Lantai, Sekali Mop Pasti Berkilat & Wangi!

×

Subscribe to Resepi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×