Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

3 Hari Terperangkap Dalam Longkang

3 Hari Terperangkap Dalam Longkang

Jeritan seorang lelaki di Brisbane, baru-baru ini, menyelamatkan dia daripada terus Terperangkap di dalam Saliran Air Hujan atau stormwater drain.

Ia adalah saliran di tepi jalan yang bertujuan menyalurkan sejumlah besar Air Hujan ke sungai atau laut, sekali gus mengelakkan banjir.

Sky News melaporkan, penduduk berhampiran lokasi dilaporkan mendengar jeritan dari ‘bawah tanah’ dan segera menghubungi perkhidmatan kecemasan.

Difahamkan, lelaki itu memasuki longkang di pinggir luar Kangaroo Point berkenaan untuk mendapatkan telefonnya yang terjatuh, 36 jam sebelumnya.

Lelaki yang dipercayai berusia 30-an itu kemudian tersepit dan terperangkap dan mula mencari jalan keluar lain.

Dia memberitahu perkhidmatan kecemasan, dia merangkak melalui laluan bawah tanah selama berjam-jam dan juga berjuang mengharungi air hujan yang deras, menurut Courier Mail.

Sebaik sahaja dia menemukan satu penutup lubang yang berjeriji berhampiran bangunan kediaman di Jalan Castlebar, dia mula menjerit meminta tolong.

Baca: Upah Orang Bunuh Bapa Kerana Tidak Beri Wang Yang Cukup

Seorang penduduk pergi mencari punca bunyi itu dan mendapati lelaki itu terperangkap di dalam saliran berkenaan.

Dia kemudian diselamatkan dari longkang itu kira-kira 11 pagi, dan kemudian dihantar ke hospital.

Perkhidmatan Ambulans Queensland mengesahkan kepada Sky News bahawa mangsa mengalami melecet dan terdedah kepada selesema.

Dalam pada itu, laman web pihak berkuasa tempatan memberi amaran kepada penduduk untuk “sentiasa menjauhi” longkang, paip dan jurang bagi mengelakkan sebarang kecelakaan seumpamanya.

“Sistem saliran air hujan ini terdiri daripada paip pelbagai saiz, lubang jurang, jeriji dan lubang yang boleh memerangkap seseorang yang mungkin tersedut atau terjatuh ke dalam lagi,” kata laman web itu.

Menurutnya, bahaya tambahan untuk individu berada di dalam saliran itu adalah mereka berkemungkinan terkena serpihan terapung, bahan beracun dan juga ular dan tikus.-hmetro

The post 3 Hari Terperangkap Dalam Longkang appeared first on BadusInfo.com.



This post first appeared on Resepi, please read the originial post: here

Share the post

3 Hari Terperangkap Dalam Longkang

×

Subscribe to Resepi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×