Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kesan Deodoran Pada Baju Putih & Hitam Boleh Dihilangkan Guna Bahan Di Dapur

“Alamak! Macam mana cara hilangkan kesan deodoran ni…”

Umum mengetahui, pengunaan deodoran adalah untuk mencegah bau badan akibat peluh. Walau bagaimanapun, jika digunakan secara kerap, ia akan meninggalkan kesan pada baju terutama warna putih atau hitam.

Bagi menangani masalah ini, terdapat beberapa cara hilangkan Kesan Deodoran yang anda boleh cuba. Mudah sahaja kerana menggunakan bahan sedia ada di rumah.

Baca juga: Boleh Guna 3 Bahan Rahsia Ini Untuk Hilangkan Karat Pada Pisau, Tak Payah Beli Baru Dah

CARA HILANGKAN KESAN DEODORAN PADA BAJU PUTIH/HITAM

1. Soda bikarbonat

Selain digunakan dalam masakan, soda bikarbonat juga boleh Menghilangkan Kesan Deodoran pada baju berwarna putih atau gelap. Caranya anda perlu sediakan:

  • 3 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh air
  • Bekas kecil
  • Kain

– Campurkan baking soda dan air ke dalam bekas kecil.

– Kacau sebati sehingga menjadi seperti pes.

– Gosok pes pada bahagian yang kotor dan biarkan beberapa jam.

– Kemudian, buang serbuk pes tersebut dan cuci bersih pakaian anda menggunakan air suam.

2. Cuka putih

Seterusnya, cuka juga boleh menghilangkan kesan deodoran yang ada pada baju. Cara-caranya:

  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar cuka putih
  • Kain bersih
  • Air

– Campurkan dua sudu cuka dan secawan air.

– Kacau sebati dan tuangkan cecair pada baju yang ada kesan deodoran.

– Biarkan beberapa minit dan sental menggunakan kain bersih dengan berhati-hati.

– Bilas pakaian dengan air bersih.

Cara lain untuk menghilangkan kesan deodoran pada pakaian adalah dengan mencucinya menggunakan mesin basuh. Perlu diingatkan agar anda memilih tetapan air panas agar kesan tersebut dapat dihilangkan.

Jadi, diharapkan perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

Baca juga: 7 Cara Cuci Baju Sekolah Anak Guna Bahan Dapur, Hasilnya Putih Macam Baru Beli!

Sumber: Tips Bulletin

The post Kesan Deodoran Pada Baju Putih & Hitam Boleh Dihilangkan Guna Bahan Di Dapur first appeared on SirapLimau.com.



This post first appeared on Resepi, please read the originial post: here

Share the post

Kesan Deodoran Pada Baju Putih & Hitam Boleh Dihilangkan Guna Bahan Di Dapur

×

Subscribe to Resepi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×