Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Suhaimi Saad letak jawatan penyanyi nasyid

Entah apa masalahnya, bekas anggota kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi Saad, 41, tiba-tiba mengumumkan dia 'meletak jawatan' sebagai penyanyi nasyid.

Suhaimi yang kerap mengundang kontroversi dalam kalangan netizen di media sosial membuat pengumuman itu menerusi Instagram, malam kelmarin.

Katanya, dia tidak mahu lagi disapa ustaz sebaliknya lebih selesa menggunakan nama biasa.

"Saya letak Jawatan Sebagai Penyanyi nasyid, Tak perlu panggil ustaz, panggil SS (Suhaimi Saad) atau Mie saja. Siapa degil SS akan kompaun dan block (sekat)," tulisnya di Instagram.

Terdahulu, Suhaimi membidas pelakon Catriona Ross di media sosial selepas dia menyelar sikap segelintir rakyat yang senang-senang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam satu hantaran video di Instagram.

Bagaimanapun, Catriona memaklumkan dia langsung tidak terkesan atau terasa hati dengan perkara ini dan enggan melayannya supaya isu itu tidak berpanjangan.

Ketika bersama Inteam sejak tahun 2000, mereka menghasilkan enam album sebelum Suhaimi mengambil keputusan berundur dan bergerak sendiri.

Dia kemudian menubuhkan syarikat pengurusan sendiri, Karya Mosus dan menerbitkan album solo pertama berjudul Kias Cinta pada 2006.

Dua tahun kemudian dia yang aktif dalam penghasilan lagu muncul dengan album berjudul Kalamak disusuli album Zikir Selawat dan Doa (2013) dan Maksud Hidup (2016).

Suhaimi juga pernah merakamkan album bersama isterinya, Ina Naim dan empat anak mereka berjudul Bismillah.

Suhaimi pernah berdepan pelbagai kontroversi bermula dengan perdebatannya mengenai bentuk bumi hingga kelantangannya menegur artis lain.



This post first appeared on Buletin Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Suhaimi Saad letak jawatan penyanyi nasyid

×

Subscribe to Buletin Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×