Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sharifah Rose lali dikecam

Selebriti media sosial, Sharifah Rose, 23, yang mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan mengaku makin selesa dalam menghidupkan karakter selepas menimba ilmu dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard dan Kisah Cinta Rumi.

Akui gadis yang pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, iaitu Aazief Khalid ini, dirinya gembira melihat perubahan positif dalam karier lakonan yang baru bertapak.

"Melihat lakonan saya di dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, saya boleh nampak kesalahan kecil yang saya buat.

"Saya banyak belajar di set penggambaran ini dengan semua pelakon dan pengarah.

"Mereka Banyak Membantu Dan menyokong. Saya fikir jika dibandingkan drama sebelumnya dengan Kekasih Hati Mr Bodyguard, banyak perbezaan dilihat.

"Saya jadi makin selesa dengan dunia lakonan," katanya kepada BH Online.

Sharifah Rose bersyukur dapat berganding dengan aktor, Redza Rosli yang sangat membantunya menghidupkan karakter.

"Kali pertama saya berjumpa Redza ketika sesi uji bakat, saya sangat gementar.

"Ini kali pertama saya terima watak utama dan digandingkan dengan Redza yang kita tahu lakonannya banyak ditayangkan di televisyen (TV).

"Tentunya saya gementar kerana tidak pasti boleh membina keselesaan dengannya.

"Namun, Alhamdulillah, Redza banyak membantu dan saya belajar dengannya," katanya.

Sebelum ini, lakonan Sharifah Rose dalam drama siaran slot Lestary di TV3 hangat diperkatakan terutama kebolehannya menghidupkan watak.

Ramai mempertikaikan kewajaran penerbit dan stesen penyiar memilih personaliti media sosial sebagai pelakon drama berdasarkan faktor pengikut yang ramai.

Lantas, istilah pelakon 'kayu' atau 'pokok' mula dilemparkan kepada Sharifah Rose.

Nama Sharifah Rose menjadi sebutan gara-gara ciapan pelakon, Izara Aishah mengenai kehadiran selebriti media sosial dalam dunia lakonan.

Bagaimanapun, Sharifah Rose berfikiran positif dalam berdepan kritikan yang dilemparkan terhadapnya.

"Saya percaya setiap orang ada pandangan dan pendapat sendiri.

"Saya sentiasa ambil kritikan orang secara positif kerana saya yakin, dari situ saya dapat perbaiki diri dan melakukan dengan lebih baik.

"Kita tidak akan pernah mati dengan cacian orang dan tidak hidup dengan pujian," katanya pada sidang media virtual Sembang Bersama Disney+ Hotstar, Khamis lalu.

Drama lakonannya bersama Redza, Kekasih Hati Mr Bodyguard boleh distrim menerusi platform baharu, Disney+ Hotstar yang bakal dilancarkan, Selasa ini.



This post first appeared on Buletin Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Sharifah Rose lali dikecam

×

Subscribe to Buletin Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×