Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Issam Alnajjar sensasi baharu Pop Arab

Meraih lebih tujuh juta tontonan dalam tempoh sebulan di YouTube malah lagu dikongsi lebih ramai peminat berbanding Justin Bieber, remaja berusia 17 tahun, Issam Alnajjar layak digelar sensasi Baharu Pop Arab atau A Pop.

Berasal dari Jordan, Issam tidak pernah menyangka single Hadal Ahbek diangkat hingga menjadi single bahasa Arab pertama popular di pasaran global hingga menandingi Justin Bieber dan The Weeknd.

"Pada awalnya, saya menyasarkan kira-kira 10,000 tontonan. Namun, tidak sangka, sudah mencecah berjuta-juta tontonan dalam tempoh sehari.

"Ini sangat mengejutkan apatah lagi kejayaan saya ini dibandingkan dengan Bieber... Jauh lagi perjalanan saya untuk mencapai tahap itu," katanya pada sidang media virtual baru-baru ini.

Hadal Ahbek yang membawa maksud 'aku akan terus menyintaimu' tular selepas 'teaser' single berkenaan dimuat naik di Instagram (IG) Issam, September lalu.

Sejak itu, Hadal Ahbek mula menambat hati peminat di seluruh dunia terutama melalui aplikasi Tik Tok biarpun dendangan itu dinyanyikan sepenuhnya dalam bahasa Arab.

Hadal Ahbek mendaki carta teratas lagu-lagu di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Malaysia dan India.

Malah, single berkenaan mengatasi penyanyi popular antarabangsa apabila mendapat perkongsian lebih tinggi berbanding single Bieber dan The Weeknd.

Issam berkata, Malaysia menjadi salah sebuah negara yang memberi sokongan besar terhadap single Hadal Ahbek.

"Secara jujur, tanpa TikTok, lagu ini tidak melonjak dan popular seumpama itu. Jadi, platform ini memberi kelebihan kepada saya.

"Sebagai artis, anda perlu cuba mempromosikan lagu anda di TikTok," katanya.

Issam mengakuu menyimpan keinginan bekerjasama dengan Billie Eilish, Bieber, The Weeknd, Queen dan Shawn Mendes.

"Ini selaras usaha saya mempromosikan genre A Pop. Sama seperti K-pop, saya mahu membawa muzik Arab agar diterima di seluruh dunia," katanya yang sedang dalam proses pembikinan album sulung.

Berkongsi perihal dirinya, Issam berkata, dia sekadar lelaki biasa yang menyimpan cita-cita bergelar penyanyi.

"Sebelum single ini popular, saya hanyalah remaja yang suka merakamkan video lagu saduran.

"Saya ada impian menjadi penyanyi atau pemain bola sepak. Saya gembira dapat merealisasikan salah satu impian ini," katanya.



This post first appeared on Buletin Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Issam Alnajjar sensasi baharu Pop Arab

×

Subscribe to Buletin Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×