Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Izara Aishah bukan pertikai rezeki Instafamous

Ciapan dalam Twitter dilakukan aktres, Izara Aishah mengenai kehairanan terhadap Selebriti Media Sosial yang dipilih sebagai pelakon bukanlah bermakna menidakkan soal rezeki golongan berkenaan.

Sebaliknya, tegas pelakon filem Pilot Cafe itu, dia hanya tidak bersetuju jika pemilihan dibuat bersandarkan kepada jumlah bilangan pengikut yang dimiliki dalam laman sosial, bukannya disebabkan bakat.

"Mereka boleh pilih sesiapa sahaja jadi pelakon, tetapi biarlah dengan saluran betul menerusi sesi uji bakat. Jika Selebriti Media sosial berpengalaman dan pandai jaga disiplin, teruskan dengan pemilihan ini.

"Janganlah main pilih berdasarkan bilangan pengikut yang ramai dan cantik, tetapi tiada pengalaman. Ia akan menyusahkan banyak pihak.

"Pernah berlaku produksi menggunakan khidmat Golongan Selebriti Media sosial sebagai pelakon, lakonan tidak meninggalkan impak. Apabila tiada pengalaman, hanya pandai baca skrip, tetapi tidak mengkaji watak, hasil lakonan entah jadi apa-apa.

"Situasi ini akhirnya mengundang kecaman terhadap drama Melayu. Kita tidak boleh nak salahkan penonton kerana itu adalah hakikat, malah ia turut memberi impak kepada reputasi syarikat produksi ini sendiri," katanya.

Izara atau nama sebenarnya, Izara Aishah Hisham berkata, sikap segelintir golongan selebriti media sosial bagaikan acuh tidak acuh dalam bidang lakonan, sekali gus menjejaskan peluang pelakon lain yang serius mencari rezeki sebagai anak seni.

"Satu hal yang dilihat mengenai golongan selebriti media sosial ini, ada antara mereka tidak serius dengan kerjaya lakonan. Masuk bidang hanya main-main. Dengan harga rendah yang diletakkan secara tidak langsung membunuh pasaran pelakon yang sudah ada nama.

"Bagi mereka yang berniat untuk menceburi bidang lakonan, persiapkan diri dengan memasuki kelas lakonan. Ambil inisiatif sendiri dan produksi juga kena ambil berat soal ini," tegas pelakon berusia 29 tahun ini.

Menerusi ciapan dibuat menerusi Twitter, Izara tertanya-tanya apakah pemilihan dibuat berikutan stesen penyiaran kekurangan bajet ataupun disebabkan pandemik COVID-19.



This post first appeared on Buletin Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Izara Aishah bukan pertikai rezeki Instafamous

×

Subscribe to Buletin Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×