Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Muzik boleh pengaruh emosi

Tahukah anda, bahawa Muzik mempunyai kesan positif terhadap emosi, walaupun ia adalah muzik yang menyedihkan? Malahan, muzik dapat membantu menyingkirkan kesedihan dan kegelisahan, meningkat kebahagian serta memperbaiki emosi.

Oleh kerana itu muzik direka sebagai anti depresi semula jadi. Mari kita dalami bagaimana muzik mempengaruhi emosi.

Kesan muzik kepada otak

Oleh kerana muzik memberi kesan ke atas banyak bahagian otak, beberapa pakar menganggap muzik mempunyai kelebihan untuk mengurangkan kemurungan dan kegelisahan.

Bahagian otak, terutamanya hippocampus, prefrontal, korteks yang berperanan untuk mengendalikan emosi dan perasaan akan menguruskan aspek rentak, meter, timber dan pitch sesuatu muzik.

Muzik mempunyai kebolehan untuk mengubah suai pelbagai bahagian otak, menyebabkan banyak Terapi Menggunakan Muzik. Sebagai contoh, ahli terapi menggunakan muzik untuk mengajar individu yang menghidapi strok atau individu lembam untuk bercakap kembali atau mengucapkan perkataan dengan lebih jelas.

Di samping itu, terdapat terapi perubahan emosi yang Menggunakan Muzik Sebagai rawatan kemurungan dan kegelisahan.

Muzik menggembirakan

Apabila perasaan sedih atau kemurungan mula menyelubungi diri, ramai individu memilih untuk mendengar muzik yang gembira. Ini adalah satu penyelesaian efektif kepada mereka yang merasa rendah diri.

Selama bertahun, ramai individu menjadi gembira disebabkan muzik. Ini kerana nada lagu yang menenangkan menyumbang kepada serotonin, hormon yang memainkan peranan penting untuk mewujudkan rasa bahagia dan keselesaan.

Muzik juga menggalakkan pengeluaran hormon dopamin, neurotransmiter yang penting untuk meningkatkan emosi. Hormon “Norepinephrine” yang membuatkan anda gembira akan terhasil dengan banyak apabila anda mendengar muzik.

Muzik motivasi

Pelbagai lagu yang ditulis menyampaikan mesej yang baik. Contohnya, “You Raise Me Up” dari Josh Groban, “Stronger” dari Kelly Clarkson, “Fix You” dari Cold Play. Ia adalah mesej bersama nada nyanyian euforia yang menjadi sumber motivasi untuk menaikkan emosi.

Apabila merasa sedih, dengarkan lagu kegemaran anda atau anda boleh mencari senarai lagu dengan mesej positif dalam talian.

Muzik menghilangkan tekanan

Tekanan boleh wujud dari pelbagai sebab samada kerja, perhubungan, kewangan dan sebagainya. Apabila mendengar muzik, semua tekanan akan reda. Dikelilingi muzik yang menenangkan adalah rawatan efektif untuk otot yang tegang dan tertekan.

Gelombang otak diubah suai

Muzik bukan sahaja menukar emosi anda pada masa kini, tetapi ia juga membantu mengubah emosi yang mendatang. Terbukti bahawa gelombang otak akan diubah oleh muzik walaupun ia tidak kedengaran. Ini bermakna mendengar muzik sinonim dengan rasa positif selama berjam lamanya.

Ubah persepsi

Kesedihan boleh bertahan lama dan sukar dinafikan. Apa yang anda perlu adalah untuk mendengar lagu kegemaran anda. Pakar menegaskan bahawa keajaiban muzik yang segar membantu mencapai persepsi yang lebih membahagiakan.

Betapa hebatnya muzik! Dengan semua manfaat yang disebutkan, ubatan anti depresi bagaikan tidak laku kerana siapa yang perlukan ubatan yang mahal jika muzik sudah dapat memberikan pelbagai manfaat.



This post first appeared on Buletin Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Muzik boleh pengaruh emosi

×

Subscribe to Buletin Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×