Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Hairul Azreen terpaksa lupakan dua tawaran berlakon di luar negara

Gara-gara penularan Covid-19, pelakon Hairul Azreen Terpaksa melupakan Dua Tawaran Berlakon selepas kejayaan filem aksi, Wira tahun lalu. 

Hairul berkata, selepas berlakon dalam Wira, dia menerima tawaran daripada dua individu terkenal dalam bidang perfileman untuk berlakon di luar negara.

"Saya sudah bertemu dengan seorang Pelakon Aksi dari Amerika Syarikat, namun hasrat itu terhenti kerana penularan Covid-19. Begitu juga dengan tawaran daripada seorang pengarah di United Kingdom. Saya tidak ralat atau bersedih, sebaliknya saya anggap belum rezeki untuk mencuba nasib dalam membina nama di luar negara," katanya. 

Menurut Hairul, dia menyimpan impian besar untuk melebarkan sayap ke Hollywood satu hari nanti. 

"Saya sudah lama menyimpan keinginan untuk melebarkan sayap ke Hollywood. Namun, tawaran itu belum ada. Lagipun bukan mudah untuk menempa nama di sana. 

"Saya mahu mewakili Malaysia sebagai pelakon aksi yang berkebolehan untuk menjayakan babak pertarungan. Boleh dikatakan hampir setiap negara Asia mempunyai pelakon aksi yang berjaya ke pentas Hollywood, jadi saya pun nak harumkan nama Malaysia," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Hairul berjaya mencipta satu kejayaan baharu apabila membintangi filem Pasal Kau! di platform penstriman video berbayar, Netflix.

Filem romantik komedi itu turut berjaya menduduki tangga teratas carta 10 filem Malaysia di Netflix untuk beberapa hari sejak ditayangkan pada 1 Oktober lalu. 



This post first appeared on Buletin Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Hairul Azreen terpaksa lupakan dua tawaran berlakon di luar negara

×

Subscribe to Buletin Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×