Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Syura Badron Sibuk ikuti kelas niaga




NASIB seseorang itu nyata berbeza. Ada yang perjalanannya berliku, tetapi mudah untuk bangkit semula membina kerjaya yang pernah terpinggir.

Namun, ada juga yang perlu akur menunggu rezeki miliknya datang semula sekalipun pelbagai usaha sudah dilakukan bagi menyerlah kembali.

Bagi penyanyi dan pelakon Syura Badron, dia sudah berusaha sebaik mungkin untuk memahat semula namanya dalam kerjaya seni tanah air.

Bagaimanapun, Syura, 34, mengakui agak sukar untuk dia menyerlah seperti yang berjaya dilakukan dua sahabat baiknya iaitu Siti Nordiana dan Lan Solo.

"Saya takkan berhenti daripada kerjaya seni ini. Cuma, pada situasi sekarang saya fikir perlu lebih serius mencuba bidang baharu seperti perniagaan.

"Sejak beberapa bulan lalu saya sudah sibuk mengikuti kelas perniagaan secara dalam talian untuk menimba ilmu sepatutnya.

"Ditambah, saya mahu lebih aktif dalam pemasaran produk kosmetik, Charmant yang diperkenalkan. Apatah lagi, produk kecantikan sinonim dengan wanita," katanya.

Menurut Syura, dari dahulu hingga kini dia memang gemar dengan produk kosmetik kerana mahu kelihatan cantik dalam penampilan harian.

Berbicara juga mengenai kerjaya seninya, Syura berkata dia tidak merajuk kerana segala usaha pernah dilakukan sejak beberapa tahun lalu belum membuahkan hasil.

"Selain menyanyi, saya tak nafikan sudah cuba mengembangkan bakat pada beberapa cabang seni lain seperti berlakon, mengacara dan berlawak.

"Boleh dikata, saya sudah buktikan kemampuan diri ada bakat dalam bidang berkenaan. Namun, hingga kini saya perlu akur nama dan bakat dimiliki sukar menyerlah.

"Mungkin juga rezeki saya untuk menyerlah semula belum sampai dan perlu menceburi bidang lain dahulu. Maka, saya pilih untuk berniaga," katanya.

Menurut Syura lagi, dengan status sebagai ibu tunggal kepada tiga anak memerlukan dia memilih mengutamakan jaminan masa depan keluarga.

"Anak saya kini dalam proses pembesaran dan semua masih bersekolah. Jadi, saya perlu fikirkan kaedah terbaik untuk mengukuhkan sumber pendapatan.

"Jadi, menceburi perniagaan adalah keputusan tepat. Ditambah, bisnes saya jalankan sekarang memang menjurus pada apa yang disukai dan diminati," katanya.

Lima tahun menjalani kehidupan solo selepas bercerai, pemilik nama sebenar Zuraidah Badron ini berkata dia mahu menjadi wanita yang sangat berdikari.

Pernah popular dengan lagu Nazam Berkasih, Syura berkata dia juga hingga kini belum terfikir mahu berkahwin lagi.

Menerusi perkahwinan lalu itu, tiga permata hati Syura yang kini dalam jagaannya ialah Nurul Dania, 13, Nurul Qaisara Sofea, 11, dan Mohd Irfan Aryan, 7.



This post first appeared on Buletin Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Syura Badron Sibuk ikuti kelas niaga

×

Subscribe to Buletin Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×