Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sandra Dianne kemalangan




PENYANYI Sandra Dianne yang popular dengan lagu Hey Kau terbabit dalam kemalangan jalan raya petang tadi dan kini masih masih lagi berada di dalam bilik kecemasan di Hospital Putrajaya.

Wakil daripada syarikat rakaman Sony Music Malaysia, Vea, memaklumkan pihaknya masih lagi menanti maklumat terbaru daripada pihak hospital.

"Saya belum menerima sebarang maklumat daripada pihak hospital. Tidak ada pelawat dibenarkan masuk ke ruangan kecemasan itu.

"Tapi, yang pasti dia dan sepupunya yang terbabit dalam kemalangan itu masih belum sedarkan diri dan berada dalam bilik kecemasan sejak jam 3 petang tadi sehingga sekarang," katanya kepada Harian Metro.

Tambah Vea, kemalangan itu berlaku ketika Sandra dan sepupunya dalam perjalanan dari rumah menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya untuk latihan penuh program Big Stage.

Maklumat terperinci mengenai bagaimana kemalangan itu berlaku masih belum dapat dipastikan buat masa sekarang.

Vea juga memohon peminat Sandra untuk mendoakan kesejahteraan kedua-dua mereka supaya semuanya dipermudahkan.



This post first appeared on Buletin Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Sandra Dianne kemalangan

×

Subscribe to Buletin Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×