Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Wajah Fazura makin berseri sejak hamil




SELEPAS mengumumkan berita kehamilannya pada 17 April lalu, pelakon Nur Fazura ada berkongsi sekeping foto terbaharunya di Instagram.

Dengan kapsyen ringkas ditulis, 'Doctor's appointment' (Temujanji doktor), foto dimuat naik pada Jumaat lalu itu mendapat lebih 300,000 tanda suka termasuk lebih 6,000 komen daripada pengikutnya.

Rata-rata komen ditulis warganet terdiri di kalangan selebriti dan peminat itu, mengucapkan tahniah kepada Fazura serta tak kurang juga yang memuji keayuan wajahnya sejak hamil.

Ada juga komen warganet yang mula membuat tekaan jantina bayi dikandungnya kini berdasarkan raut wajah Fazura yang berseri-seri.

Pada pendedahan awal dibuat Fazura berkenaan kandungannya ketika berusia empat pada April lalu, dia menyifatkan sekarang masa paling tepat untuknya bersama suami, pelakon Fattah Amin menimang cahaya mata.

"Selepas melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahaya mata yang pertama.

"Alhamdulillah, kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini," tulisnya.

Pelakon filem Gol & Gincu itu turut bersyukur terhadap doa diberikan daripada semua pihak buatnya dan suami sepanjang mereka melayari kehidupan berumah tangga.

Fazura dan Fattah bernikah pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup dihadiri kekuarga dan kenalan rapat yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka ibu negara.



This post first appeared on Buletin Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Wajah Fazura makin berseri sejak hamil

×

Subscribe to Buletin Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×