Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Han Byul juara Big Stage musim kedua




Han Byul (tengah) bergambar bersama Adzrin (kiri) dan Neeta Manisha selepas diumumkan sebagai pemenang Big Stage musim kedua.

Peserta sulung dari Korea Selatan, Han Byul menepati ramalan menjuari Big Stage musim kedua sebentar tadi.

Han Byul atau nama sebenarnya, Jang Han-byul, 29, menyampaikan dua buah lagu iaitu Lose Yourself daripada Eminem dan single baharu bertajuk Luka dan Bahagia ciptaan sepenuhnya Haqiem Rusli.

Dia membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM100,000, sebuah kereta Perodua Axia Style dan telefon pintar Vivo 17 pro berserta trofi.

Tempat kedua dimenangi Neeta Manisha yang mendendangkan lagu I Wanna Dance With Somebody dan single baharu, Ruang Mimpi membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000.

Menyampaikan dua lagu berjudul All Of Me dan single baharu, Adzrin, menduduki tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai RM25,000.

Tempat keempat dan kelima dimenangi Irfan Haris dan Dinda Permata. Irfan menerima hadiah wang tunai RM10,000 manakala Dinda Permata RM5,000.

Konsert akhir Big Stage yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Al Hadad menampilkan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Cakra Khan sebagai juri tetap dan Misha Omar sebagai juri jemputan.

Big Stage musim kedua bersiaran selama lapan minggu melibatkan 12 peserta.









This post first appeared on Buletin Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Han Byul juara Big Stage musim kedua

×

Subscribe to Buletin Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×