Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

DRAMA TV : STARGIRL ADIK BERADIK SUPERMAN, BATMAN, FLASHMAN, AQUAMAN, WONDER WOMAN

GALAKSI VIRAL - Pernah dengar nama Stargirl ? Jika anda peminat fanatik Smallville, Supergirl, Flashman, Arrowman dan DC's Legend of Tommorrow pastinya  sudah kenal siapakah Stargirl. Stargirl adalah salah satu Watak utama di dalam Persatuan Keadilan (Justice of Society) di Planet Bumi 2. Di dalam jalan cerita superhero keluaran syarikat DC ini, ianya mempunyai banyak planet Bumi yang mempunyai realiti berbeza-beza. Ianya bermula dengan drama TV Arrowman dan fenomena planet Bumi yang mempunyai pelbagai realiti ini di panggil Arrowverse. Terdapat satu planet Bumi yang dipanggil Bumi Prima atau Earth Prime iaitu planet induk Bumi. Manakala planet Bumi yang lain dipanggil menggunakan nombor bilangan 1 hingga 99. Kesemua planet Bumi ini sebenarnya mempunyai orang yang sama. Cuma ianya berbeza dari segi watak dan realiti kehidupan mereka. Untuk cerita Stargirl ini adalah di planet Bumi 2 di mana Justice of Society telah kalah dengan kumpulan Injustice Society of America. Justice of Society ini sebenarnya adalah seperti Justice League dan salah seorang anggota asalnya ialah Flashman dan Green Hornet. 

SINOPSIS & REVIEW

Ianya bermula apabila watak utama bernama Courtney telah berjaya menggunakan tongkat bintang untuk berlawan dengan ahli kumpulan Injustice Society of America. Antara rakan-rakan yang turut serta menyertai Courtney @ Stargirl ialah Doctor Midnite (mempunyai google mata yang mempunyai teknologi maklumat bertaraf tinggi), Wildcat (mempunyai kuasa berlawan seperti kucing), Hourman (mempunyai kuasa kekuatan luar biasa apabila memusingkan jam pasir) dan robot yang dicipta oleh ayah tirinya yang bernama Pat Dugan. 

Hourman,Stargirl,Dr Midnite,Widcat


Injustice Society of America dikecam oleh mereka kerana mereka mempunyai niat jahat iaitu untuk mengawal semua pemikiran orang dewasa agar mereka semua sentiasa melakukan kebaikan mengikut acuan mereka sendiri dan akan membunuh sesiapa yang menghalangnya. Watak jahat bernama Brainwave di dalam cerita ini adalah seolah seperti watak Prof Xavier daripada X-Men dalam versi jahat. Begitu juga dengan watak ketua orang jahat yang bernama Icicle. Watak Icicle yang mempunyai kuasa mengawal ais ini adalah seperti watak Iceman X-Men tetapi dalam versi jahat. Namun, paling ketara sekali ialah watak Starman dan Stargirl yang kelihatan seperti kaum  kerabat Captain America. 

Tigress, Brainwave, Icicle, Dragon King, Sportmaster

GV pada mulanya beranggapan cerita ini sama seperti drama Arrowman, Flashman atau Supergirl. Tetapi jangkaan GV meleset apabila tengok CGI yang ditampilkan lebih baik daripada drama yang sebelumnya seperti Courtney terbang menggunakan tongkat bintang memang adegan yang sangat menarik dan mengkagumkan. Walaupun jalan ceritanya agak klise tetapi ianya  diolah dengan penuh baik dan ada kejutan. Cerita Stargirl  sudah ditayangkan di Warner Brothers TV (Saluran Astro 712) sebanyak 13 episod dan mendapat sambutan yang hangat. Jom tengok sedutan drama ini di bawah :

Video Sedutan Drama Stargirl


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : 

Youtube Channel, Google Image



This post first appeared on Galaksi Viral, please read the originial post: here

Share the post

DRAMA TV : STARGIRL ADIK BERADIK SUPERMAN, BATMAN, FLASHMAN, AQUAMAN, WONDER WOMAN

×

Subscribe to Galaksi Viral

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×