Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

MARCO GRUJIC PEMAIN BARU LIVERPOOL



Pembelian pertama Klopp bermula dengan Marco Grujic, Pemain bawah 21 Serbia yang bermain untuk Death Star Belgrade. Dengan harga 5.1 juta Pound, status sebagai pemain utama bagi Red Star, kiranya berbaloi juga cuma tak tahu samada ianya dapat menandingi Dele Alli yang kita terlepas kepada Spurs. Apa yang perlu tahu ialah pemain ini tinggi lampai, kaki gelecek, boleh bermain banyak posisi dibahagian tengah, menyerang atau bertahan. Saya pernah tengok aksi Serbia bawah 21 masa Piala Dunia Belia tetapi tak pasti yang mana satu Grujic sebab ramai pemain Serbia yang bagus-bagus.

Malah diberitahu pemain ini dah dipantau Komiti pengambilan pemain, sebelum lagi Klopp buka mulut nak ambil beliau. Klopp sendiri dapat cadangan dari pembantu beliau, Buvac tentang pemain ini sebab Buvac memang ada kaki di Liga Serbia. Sebenarnya kita sangat teruja dengan pemain baru ini, apakan daya beliau akan kembali ke Belgrade untuk kembali selama 6 bulan mengikut perjanjian jual-beli. Apa yang sedang dinantikan ialah pembelian yang seterusnya bagi menangani krisis kecederaan pemain pertahanan tengah.








This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

MARCO GRUJIC PEMAIN BARU LIVERPOOL

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×