Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIVERPOOL LAWAN ARSENAL


Ramai yang tak sabar nak suruh tulis pasal perlawanan dengan Arsenal. Teruja betul semua peminat bila musim baru nak bermula. Persiapan Liverpool boleh dikatakan hampir sempurna. Hampir sebab ada beberapa perkara yang dah dibincangkan sebelum ini seperti posisi kiritikal bek kiri serta Sturridge yang Masih belum menentu tahap kecergasan. Masalah lain kita tak berapa membebankan sebab prestasi pra-musim boleh dikatakan sukses dari segi kecergasan dan corak permainan.

Mignolet
Clyne Lovren Klavan Moreno
Henderson Emre Wijnaldum
Mane Firmino Coutinho

Kesebelasan utama yang diturunkan pasti tak sama macam saya letak kat atas. Sebab saya lebih suka 4-3-3 dari 4-2-3-1. Tapi Klopp rasanya suka sebaliknya. Kalau main 4-2-3-1, Coutinho dan Mane terpaksa main bertahan bantu bek tepi jika kena serang. Dan mereka bukan selesa sangat nak buat kerja begitu. Kalau main 3 pemian tengah, Gigi dan Hendo boleh berpecah untuk bantu bek sisi ketika bertahan.

Tuan rumah Arsenal, punyai masalah lebih besar kerana pertahanan utama mereka masih cedera. Mereka masih berunding dengan Valencia untuk beli Mustafi. Kita tak peduli samada mereka dapat atau tidak. Yang penting mereka memang sedang panik  dengan permasalahan itu dan Klopp perlu main serang kaw-kaw jangan bagi muka walaupun kita pelawat.

Untuk makluman bagi yang mungkin baru keluar gua, Liverpoolkita telah menambah satu lagi peluang peminat nak dapat hadiah. Pertandingan fantasy.premierleague adalah sayembara baru yang diperkenalkan musim ini. Syarat tak ada cuma dafttar dan sertai liga kami dengan masukkan kod: 274478-319279 . Hadiah masih misteri dan nak tahu kena jadi juara dahulu.

Pertandingan teka keputusan masih berjalan macam biasa. Mulanya nak hentikan sahaja sebab musim lepas tak ramai peserta. Tapi setelah ramai yang mendesak dan mahu ianya diteruskan, jadi kita teruskan juga. Jadi dengan lafaz Bismilllah, pertandingan dirasmikan secara rasmi. dan anda boleh meneka dengan semahunya. Ikut syarat yang ditetapkan dan selamat menikmati musim baru Liga Perdana Inggeris 2016/17. YNWA.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIVERPOOL LAWAN ARSENAL

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×