Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

PRA-MUSIM: LIVERPOOL 1-0 TRANMERE ROVERS


Mungkin ramai  yang tak sedar Liverpool dah sepak bola pagi tadi. Pihak Liverpoolkita Juga hanya dikejutkan oleh rakan Facebook bahawa perlawanan dengan Tranmere beberapa jam lagi nak mula. Itupun dekat pukul 10 malam. Siap diorang kasi pautan dan page Facebook dari Thailand yang menayangkan perlawanan. Walaupun siaran yang keudara memang tak berapa jelas, tapi lebih baik dari Tak Ada langsung. Terpaksa juga belanja data Umobile, sampai rapat 2GB nasib baik ada pakai yang percuma dulu.

Karius
Flanagan Matip Lovren Smith
Lucas Branagan
Mane Ejaria Kent
Firmino

Kesebelasan yang penuh kejutan. Ejaria, siapa budak tu. Nama macam silibus belajar membaca budak pra-sekolah Eja-Ria. Yang ditunggu-tunggu kelibat mereka tentunya Mane, Matip Dan Karius. Grujic tak muncul mungkin kurang cergas atau cedera tak ada berita. Paling sedih kepada peminat Balotelli, langsung tak ada dalam senarai sedangkan beria-ria masa latihan. Ibe juga tak ikut, macam jadi ke Bournemouth kot.

Perlawanan bermula dengan permainan tanpa kompromi dari pemain muda Liverpool. Ejaria memikat hati kami. Kent juga beri kejutan. Mane banyak peluang nak jolok gol tapi masih berkarat. Matip dan Lovren nampak serasi walaupun baru seminggu berlatih. Flanagan masih klasik. Smith macam Moreno selalu tinggal tempat. Lucas dibawah dan Branagan bantu serangan. Firmino memang kreatif dan Karius tak banyak aksi tapi konfiden main hantaran pendek. Separuh pertama masih 0-0.

Bogdan
Randall Wisdom Llori Moreno
Trent Arnold Stewart Chirivella
Markovic Ings Woodburn

Rombakan keseluruhan 11 pemain. Boleh dikatakan kesebelasan yang kurang mantap berbanding separuh pertama tadi. permainan masih bercorak serangan tetapi banyak guna kan bahagian tengah. Paling menonjol rasanya Arnold walapun tak sehebat Ejaria. Namun dia membuktikan kelebihan dengan bantuan gol kepada Ings. Ings memang kelas gitu, tampanan melekat dan penyudah padu. Kita rasa sedikit kesal dengan Markovic, banyak peluang dia persia-siakan.  Kalau camni main kamu rasa Klopp gembira tak nak simpan. Padahai Ibe lagi berbakat pun nak dilelong.

Nama pun perlawanan pra-musim. Tak perlu risau jika tak menang banyak gol
Klopp hanya nak nilai keseluruhan pemain untuk berlaku adil. Bagi yang tak main lagi kita tak pasti adakah mereka dapat peluang lagi atau tak. Cuma harap pemain berikan komitmen sebab masa depan mereka juga bergantung diatas usaha sendiri. Selepas ni lawan Fleetwood Town.




This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

PRA-MUSIM: LIVERPOOL 1-0 TRANMERE ROVERS

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×