Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA : SOUTHAMPTON LAWAN LIVERPOOL


Ibarat macam moto Gp dah EPL musim ni. Marquez dan Doviziono saling potong memotong untuk pusingan terakhir ke garisan penamat. Memang dramatis dan tragis buat peminat kita. City ibarat Marquez moto hebat teknologi mewah joki plak jiwa sang juara. Tapi Liverpool macam moto Ducati, pernah dulu2 Jadi juara tapi kini joki power cuma jentera naik taraf sikit lagi setanding ngan City.

Ikut saingan hujung ni atas kertas kita dapat Lawan agak mudah dari City. Tapi masalah Mak Siti ni dia bukan masalah lawan kuat atau tak, tapi lawan bila main ngan diorang macam kena pukau dengan orang minyak. Tetiba jadi lembik dan tak melawan bila nak kena perkosa. Tapi bila kita plak, semua pasukan semangat main. Dok nampak macam diorang tak anggap kita pasukan mampu jadi juara.

Minggu ni kita nak lawan pasukan yang sebelum ni diejek sebagai pembekal pemain untuk kita. Betul juga kan sebab kita dah terima Van Dijk, Mane, Lallana, Lovren, Clyne dan Lambert. Tanpa mereka takkan Liverpool nak jadi padu cenggini. Dah kita borong habis tinggal serdak roti saja dalam simpanan Soton sekarang ni. Ikutnya ada lagi yang Liverpool nak macam Betrand tapi nasib baik tak beli sebab mahal jadi Robertson pembelian jackpot.

Soton memang angkuh dan hebat semasa era Pocchetino. Bila dia belah habis terabur pasukan. Mungkin sebab jual pemain hebat diorang sama tetapi pengurus yang datang tak pandai nak berkloborasi dengan penjejak bakat mereka. Dulu Soton akan jual pemain hebat dan beli juga pengganti yang bakal jadi bintang. Sekarang ni mereka beli pemain tak berapa cun. Tinggal hanya pemain sederhana yang takkan dapat dijual dengan harga mahal.

Kedatangan bekas pengurus RB Leipzig membawa sinar baru. Mamat ni bukan calang2 pengurus sebab masa Dortmund jadi lembik dia membawa RB Leipzig mencabar gergasi Jerman Bayern walaupun kantoi juga hujung musim. Dia yang mengasah bakat Naby Keita dan beberapa pemain Leipzig sehingga jadi terbaik. Dengar cerita falsafah bolasepak dia sama dengan Klopp yakni gegenpress. Mungkin sebab diorang dalam satu kelas masa ambil lesen jurulatih dulu. Ini fakta bukan saja nak reka cerita.

Mungkin setakat sekarang misi Ralph Hussentll nak stabilkan Soton dan elak gelincir dari Epl. Kat Bundesliga dia mampu buat dan misi tu sekarang nampak macam dah berjaya. Halangan dia sekarang ialah bertemu dengan pasukan pencabar juara. Dan Klopp juga kena berhati2 jumpa rakan sekelas. Mungkin Ralph tahu banyak pasal Klopp dan dia mungkin ada sedikit idea camna nak tiaw Klopp nanti. Sebab tu Ralph cakap ala2 Klopp , sebab dia bagitau lawan Klopp ibarat main Catur ada peluang bila lawan silap boleh checkmate.

Abam pasti kali ni kita akan hadap pasukan yang dah bersedia mental fizikal. Kita nak menang tetapi lawan nak sekat kita dari menang dan paling cikai cari seri. Harap Klopp tak fikir nak rehat pemain utama walaupun tak berapa hari lepas ni ke perlawanan Eropah plak lawan Porto. Fokus untuk Soton dan 3 mata itu penting dari segalanya. Kita tahu dua2 ada peluang tetapi cuba tanya semua peminat pasti diorang nak EPL dari UCL jika diberi pilihan salah satu.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA : SOUTHAMPTON LAWAN LIVERPOOL

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×