Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

EVERTON VS LIVERPOOL

Tags:

Siksa betul bila tab lenovo yang selama nie di guna kan untuk menulis artikel dah jahanam. Terpaksa lah gunakan handphone cap ayam nie. Bayangkan ibu jari tangan dah besar ibu jari kaki nak menekan button huruf yang halus. Nak pegi cc pun tak tenang nak keluarkan idea sebab nak kena tahan dengan makian budak2 sekolah main game. Kesudahan nya, ku gagahkan juga menaip dengan handphone cap ayam nie.

Saya betul2 tak ingat ada perlawanan menentang watford hari tu. Saya pun hairan bila pagi subuh tu sahabat saya menghantar WhatsApp mengatakan "terbaiklah mane". Rupa2 nya ada game. Sayang nya tak tengok. Saya mohon maaf sebab tak dapat update artikel.

Perlawanan menentang jiran tetangga kali nie mesti penuh dengan dendam kesumat dari puak biru. Perlawanan di tempat kita, mereka dimalukan dengan gol minit terakhir. Kita menarik lafas lega, mereka melepaskan  nafas geram. Saya bukan lah nak membincangkan pasal mereka. Cuma nak ambik nama individu yang menjadi hero malam itu iaitu divock origi.

Tiba2 nama origi kembali meniti di bibir peminat liverpool. Saya menonton rangkuman perlawanan tempoh hari dan agak terkejut dengan persembahan dari beliau. Biarpun bermain bukan ditempat yang sepatutnya dia main tetapi tugasan itu dilakukan dengan jaya nya. Tidak lupa juga kepada anak pak imam kita. Buat pertama kali sejak datang ke liverpool, mane menjalankan tugas sebagai penyerang tengah dengan begitu efektif. Siap boleh buat skil lagi. Kalau lah saya penjaga gol malam tu, saya dah mintak bersara awal dah. Nampak nya klopp dah boleh membayangkan susunan bahagian serangan apabila ada yang mintak cuti sakit.

Tidak lupa juga bahagian tengah kita bila diterajui oleh fabinho dengan wijnaldum. Apa lagi nak dikatakan dengan gandingan ini. Nampak nya hendo bakal memanaskan punggung di bangku simpanan dan berkemungkinan tugas pengemudi pasukan diambil alih oleh kereta kebal liverpool iaitu van dijk. Sapa yang tau kan?

Baki perlawanan kita nanti tidak lah seberat yang dijangka. Tetapi itu lah yang paling saya khuatirkan. Takut keciciran mata dengan pasukan yang kita anggap boleh makan tetapi kita pulak kena tapau. Harapan saya, setiap pemain mesti lah menganggap yang setiap perlawanan selepas ini ibarat perlawanan akhir. Berapa lama lagi nak tunggu?


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

EVERTON VS LIVERPOOL

×