Setiap kali kita menentang dengan musuh tradisi nie, lain macam pegi nya semangat nie. Kalau menang, hari isnin kompom mendada bila berjalan kat tempat kerja. Kita sedia maklum yang kalah menang adat bertanding tetapi bila sampai menentang musuh alam nyata nie, tak boleh tidak kita mesti menang. Sebab kita dalam misi untuk menamatkan badi selama hampir 3 dekad nie.
Rangkaian serangan kita memang tidak dinafikan antara yang terbaik yang kita pernah ada. Mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan antara yang terbaik di dunia. Cuma yang agak terkilan nya apabila pemain utama di bahagian tengah ambik mc. Bila wijnaldum cuti sakit, nampak sangat bahagian tengah macam tak bermaya. Mungkin bahagian tengah nie untuk bertahan memang fabinho dah pasak nama dia kat situ bergandingan dengan wijnaldum. Cuma bahagian menyerang nie ada sedikit terkucil. Sebab itu klopp dah tak guna kan formasi keramat 433. Musim nie beliau lebih banyak menggunakan formasi kegemaran beliau 4231. Salah akan berada di depan sambil firmino menanti di belakang. Tempat asal salah itu bagi saya elok diisi oleh baby shaq dudududu. Ingat lagi 2 bijik gol yang disumbangkan oleh beliau.
Saya memang mengharapkan kemenangan yang kita bawak balik dari stadium trafford tua. Bukan seri atau kalah. Pemain2 seharusnya tidak buat perangai bila perlawanan dah nak sampai hujung2 nie. Fokus setiap game tu dan jangan buat kesilapan mudah. Mak siti janda menanti sahaja kita keciciran mata.
Teka jangan tak teka. Sambil meneka tu, cuba bagi komen sikit kenapa anda teka jumlah jaringan tersebut. Contoh nya, kita menang 2-0 hasil jaringan salah sebab malam tadi binik dia bagi kata2 semangat dalam bilik. Contoh... ini contoh. Boleh bos kuuu....??