Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA: BRIGHTON LAWAN LIVERPOOL

Brighton vs Liverpool
11:00pm (Waktu MY)
12 Januari 2019 (Sabtu)
Stadium: AMEX Stadium
Siaran Langsung: Astro 810/831

Rekod bersih dah lebur di Ettihad. Perlawanan tak nampak berat sebelah, Sebab Liverpool punyai peluang yang saksama tapi penyudah boleh kat Mak Siti lagi. Lepas tu tewas plak dengan geng Serigala dan angkat bungkus dari Piala FA. Abam tak ralat sangat nak buru Piala FA, sebab pilihan nak tumpu Liga dan UCL lebih utama. Lagipun dah Klopp letak pasukan lekeh lawan Serigala yang sepenuh kekuatan, memang dah dijangka balik awal. Cuma pembabitan bek muda Ki-Jana Hoever membuatkan ada positif dan keputusdan itu. Lagi satu Origi ada juga peranan dengan sumbat gol, cuma itu satu aset yang buatkan saham dia naik untuk penjualan.

Alisson
Trent Fabi Van Robbo
Hendo Gini
Shaq Mino Mane
Salah

Fabinho main agak baik dengan Wolf dan dia konpom akan ganti tempat Lovren. Klopp buat masa sekarang takda berminat nak beli bek tengah baru sebab dia rasa pemain yang cedera mungkin akan kembali tak lama lagi, Namun bagi abam, kalau ada pitih dari taukeh suruh beli pemain baru, memang Klopp takkan nak lepaskan peluang kot. Sebab pembelian Januari penting jika dapat pemain taraf dunia untuk mantapkan pasukan untuk kuatkan pasukan nak kejar kejuaraan . Tetapi Klopp mungkin masih nak pantau pemain muda macam Ki-Jana, bagi peluang sebelum pintu perpindahan tutup.

Lawan Brighton nanti satu ujian mental nak tegok koyak atau tak. Cara Brighton main nak ala2 Wolve juga tapi kureng mereka tak punyai ramai pemain bintang macam Wolve. Jadi setakat nak main susun bas dan serang balas itu saja taktikal nak kitai lawan. Setakat ni Klopp cakap tak anggap Brighton macam kunyah kacang tapi dia waspada takut terpijak kulit pisang, bahaya yang tak disangka. Sebab lawan pun main nak menang dan mereka mungkin ada semangat dari peminat di Stadium Amex .



























This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA: BRIGHTON LAWAN LIVERPOOL

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×