Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE

Liverpool vs Newcatle United
11:00pm (Waktu 🇲🇾)
26 Disember 2018 (Rabu)
Stadium: Anfield
Siaran Langsung: Astro 816/834

Kita patut beri sedikit penghargaan kepada Atuk Roy yang mana tolong tapau Man City. Memang kita jangan peduli pasal menang kalah pasukan lain, tetapi yang tu rezeki tak dipinta. Fokus kepada perlawanan sendiri Sebab kadang-kala jika dok harap orang lain tolong jadi macam musim 2014/2015, hujung musim kejuaraan melepas dengan begitu tragis.

Klopp dah bersedia dengan pelbagai kemungkinan untuk jadual padat. Mungkin ada sedikit penggiliran, tetapi bukan borong habis. Tenaga pemain kena simpan sebab banyak perlawanan lagi sementara pemain yang cedera pulih. Sebab tu dia tak nafi yang kemungkinan ada pembelian Januari mengikut keadaan mendesak atau tak. Sebab itulah ada bunyi-bunyi macam2 kat luar nak beli itu-ini, namun yang tak boleh blah ialah Pepe bek ganas Portugis pon naik nama.

Alisson
Clyne Lovren Van Milner
Gini Fabinho Hendo
Shaq Mane  
Salah

Salah kena main tak kira apa berlaku. Sebab untuk rekod sepanjang 18 perlawanan, dia adalah penjaring pertama 11 gol yang dia jaringkan. Entah bertuah atau memang dia jenis pulun awal, tetapi itulah cara nak bantai lawan. Prestasi Salah kian tajam kembali cuma tak setanding musim lepas. Musim ni ramai dah tahu camna nak rantai beliau. Sebab tu Klopp letak Salah kat tengah untuk kasi lawan pening nak kawal, sebab posisi terbaru.

Cukup bahaya nak hadap pasukan Pak Long Rafa sebab dia tahu cara nak main tahik untuk melemaskan serangan yang hebat sekalipun. Cuma nasib dia dapat pasukan cabuk macam Newcastle yang punyai Tauke kaya empunya gudang Sport Direct, tapi bab nak belanja untuk sekuad punya lah berkira taik hidung masin. Sebab itulah kita bernasib baik dengan pasukan Rafa yang kurang berkualiti cuma ada semangat kuat dengan taktikal berat.

Motivasi nak jadi macam Palace membantai City, pasti Newcastle pun nak buat kejutan. Nampak macam mustahil kan ikut rekod kita tambahan plak di Anfield. Tapi bola itu bulat, bukan bujur, macam-macam boleh berlaku. Maka perasaan berdebar mesti ada sebab nak kekalkan rekod tak terkalah kena punyai mental yang kuat. Sebab apa dah banyak kali dah kena, tapi harap kali ni Klopp tak masuk dalam lubang biawak macam Brendan 2015 dan Rafa sendiri 10 tahun lampau.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×