Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA : SPURS 1-2 LIVERPOOL


Liverpool musim ni dah tak tertumpu kepada Salah lagi. Ianya Nampak lebih rencam. Sesiapa sahaja akan jadi penjaring gol. Cuma nampak palat sikit pemain nampak tamak dan penting diri bila depan gol. Paling menonjol macam Salah dan Mane saling tak mahu kerjasama bila ada rakan dalam situasi lebih baik untuk jaringkan gol. Kita boleh perati kalau tiada unsur penting diri, rasanya Spurs kena kenduri 5-6 biji kot.

Gol pembukaan datang setelah beberapa percubaan tak menjadi. Mat Gandum melakukan tandukan ceroi tetapi goli Spurs pun ceroi tak dapat nak selamatkan bola, walaupun dengan aksi akrobatik nampak macam berjaya. VAR mengasahkan jaringan itu sah sebab semua nampak bola masuk tambah lagi penonton kat rumah yang beberapa kali Astro dok ulang dari sudut berbeda.

Walapun Spurs nampak menguasai permainan, corak mereka dapat dibaca pertahanan kita. Sebab itu dengan Spurs mereka bermain secara lebih tersusun berjemaah. Namun bila depan gol memang kelaut. Cuma pemain mereka masih main macam dulu, dapat bola lambung ke Harry Kane. Taktik lapok camtu mungkin berjaya masa Lovren main dulu. Sekarang gandingan Van Dijk Gomez tak mudah kantoi.

Dalam Spurs mengasak cari gol penyamaan mereka pula tersentak bila satu lagi gol pelawat terhasil. Gerakan Roberton mencari Mane yang berjaya lepas perangkap curi ayam. Mane nampak agak pemurah bila hantaran beliau ditepis goli Spurs dan Firmino dengan pantas menguis tangkapan kurang kemas Vorm. Dok nampak macam kenduri gol namun setakat 2 gol sampai habis.

Spurs pula main dengan lebih menyerang bila Son dan Lamela bantu Kane. Tak banyak dapat mereka lakukan kerana Liverpool masih kental sehingga satu ketika serangan bertalu2 Liverpool akhirnya kecundang dikaki Lamela. Dengan ketenangan dan penyudah bagus dia berjaya rapat jurang dan buat peminat Liverpool kecut telur berbanding awal separuh pertama yang penuh yakin.

Keputusan akhir 2-1 mungkin nampak macam menang tipis tanpa peluang banyak. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Liverpool main dalam agak teruk tapi masih boleh menang. Kalau edisi lepas main camni dengan Spurs konpom kalah paling kurang seri. Masih kekal dipersada Liga namum Chelsea juga cucuk angin dengan jumlah mata yang sama.






























This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA : SPURS 1-2 LIVERPOOL

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×