Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

PRA-MUSIM : LIVERPOOL LAWAN DORTMUND


📅 Isnin, 23/7 
⏲️ 4:05 pagi ini ! 
📍 Bank of America Stadium
📺 Astro 816/834 HD

Pasukan liverpool dah sampai ke Negara Pak Cik Sam sempena pertandingan "International Champions Cup 2018". Jelajah Amerika bukan Lawan Pasukan MLS, tetapi beradu dengan Dortmund dan Menyu dan Citeh. Seramai 29 pemain dari Anfield dibawa, tak termasuk Alliison dan beberapa pemain yang dapat cuti khas sempena Piala Donia. Pemain yang tak dibawa tanpa sebarang keuzuran paham-paham lah, sedang cari majikan baru lar. Markovic salah sorang kot.

Kali ni Salah dan Mane mungkin akan dapat turut serta dengan rakan yang dah 4 kali main. Lawan dengan pasukan Dortmund bukan lagi macam lawan pasukan British sebelum ni. Pasukan mereka punyai pemian berkaliber dan mantap. Ramai yang dulu naik sebab Klopp. Boleh kata persiapan lawan Dortmund untuk uji setiap posisi dengan lebih mendalam.

Paling nak tengok camna pemain serangan yang bakal Klopp ketengahkan nanti. Siapa dia nak kekalkan sebab antara Sturridge, Origi dan Solanke, siapa bakal jadi calon pembantu Firmino. Setakat sekarang, Sturridge nampak didepan, Solanke sederhana dan paling koman Origi. Mungkin ujian dengan kelab cikai nampak Mat Kaca paling terbaik, dengan pasukan elit Solanke dan origi pula yang naik taring, manatahu.

Bahagian tengah rasanya kita lebih ohsem dari Dortmund, itu abam tak peduli sangat. Yang kesah ialah barisan pertahanan yang musim ni takda penambah-baikan. Gandingan bek utama masih Van dijk-Lovren. Masalahnya Lovren balik seminggu sebelum sepak mula dengan West Ham. Setakat sekarang Klopp tengah uji Matip, Klavan, Gomez dan Philip. Matip mungkin nampak pilihan utama cuma abam tengok calon lain pun main baik juga. Pening Klopp nak pilih nanti.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

PRA-MUSIM : LIVERPOOL LAWAN DORTMUND

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×