Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

PRA-MUSIM: BURY LAWAN LIVERPOOL

Bury FC vs Liverpool FC 10:00 pm (Waktu ) 14 Julai 2018 (Sabtu) Stadium Gigg Lane

Terlupa nak siar pra-perlawanan pasal Tranmre. Kat sini nak letak sikit ulasan ringkas. Perlawanan bukan tertumpu sangat pasal kemenangan 3-2 kan. Tetapi pasal Karius yang sekali lagi buat hal. Bila habis perlawanan, ada peminat muat naik video yang sebelum perlawanan lagi Karius masa sesi panas badan Karius tangkap angin bola kantoi celah kangkang. Abam tak tahu samada otak masih bergegar atau sel-sel otak dah tak berhubung lagi.

Gol Tranmere akibat sepakan percuma, diambil tepat menuju dada Karius, namun dia pergi buat pandai nak tangkap bola laju cekup kat dada. Jadi memang terkantoi dan pemain Tranmre mudah jolok masuk gol pembukaan tuan rumah. Paling tak boleh belah pemain Tranmere yang juga peminat fanatik Liverpool siap maki hamun Karius. Mungkin nampak pemain itu kurang profesional , namun peminat mana boleh tahan, dah masa Final dengan Madrid dah buat palat. Sekarang pun masih ditahap yang sama.

Ada orang sebelahi dan tak suka Karius. Masing-masing punya hak nak bela atau marah. Namun Klopp kena buat keputusan drastik jika kekalkan Karius yang memang masih dalam gegaran otak atau beli dapatkan penjaga gawang baru, atau paling lekeh letak Ward sebagai goli utama pula. Sebab abam tak salahkan Karius, sebab dah Klopp nak beri peluang juga kan. Tapi harus diingat bahawa Karius bukan awal 20an lagi diah dah 25 tahun. Nak perbaiki kesilapan asas agak sukar, namun kita harap jika dia kekal bagi berehat dulu sampai pulih mental fizikal.

Perlawanan dengan Bury agak klasik sebab kali ni pasukan kita pergi kampung Orang Sakai di sebelah kat Manchester. Mungkin sebab pengurus Bury, Ryan Lowe seorang Scouser tulen, jadi Liverpool terima nak lawan Bury. Bury berada dalam Liga Kedua, namun begitu punyai beberapa pemain senior yang pernah bermain di EPL seperti Jermaine Beckford (x-Everton) dan Joe Murphy (goli WBA). Yang lain pemain biasa-biasa kecuali ada sesat sorang pemain Hong Kong, Dai Wai Tsun.

Perlawanan kali ni hanya pemanas badan dan sekadar nak bagi pemain baru kenal-mengenal sesama sendiri. Mungkin Van dijk dan Gandum turun sebab masa Tranmere tak main tak berapa cergas. Pemain dari Piala Dunia yang balik awal masih bercuti. Tumpuan bukan lagi kepada Fabinho atau Keita mahupun Wilson. Namun pastinya setiap peminat dan pengkiritik dok ushar Karius. Dan pastinya Karius kena buang penyakit gabra dan main bersungguh-sungguh sebab dengar kata Klopp masih nak cuba dapatkan Allisson sedaya upaya.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

PRA-MUSIM: BURY LAWAN LIVERPOOL

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×